Assalamualaikum hamba-hamba Allah semua,
semoga berada dalam lingkungan rahmat dan keredhaan Nya.
Sebenarnya, hari ini telah bermulanya peperiksaan
akhir bagi semua guru-guru pelatih IPGM.
Aku sendiri pun akan mula kertas yang pertama pada jam 2.30 petang ini.
Terdetik aku nak selitkan sedikit waktu untuk
menaip sedikit perkongsian dalam blog kesayangan ini.
Sepanjang hampir 3 tahun aku tinggal
di asrama Damai, IPG IK ni,
seringkali rakan2 atau adik2 junior
yg datang bertandang ke bilik aku
akan bertanya bagaimana aku memastikan agar bilik aku
sentiasa kemas dan teratur?
Maaf rakan2, adik2 semua
aku juga seperti kalian,
bukanlah seorang yg terlalu rajin untuk berkemas 24 jam sehari..hehe
Tapi ada sedikit tips dan cara yang mungkin kalian boleh amalkan,
ianya adalah cara saya,
terpulanglah pada kalian mahu ikut atau tidak.
First,
kita mestilah akan kemaskan dan bersihkan, dan susun atur
semua barang2 dan kelengkapan kita dalam bilik
pada tempatnya.
Maksudnya, baju mestilah dilipat dan digantung dalam almari,
buku2 mestilah disusun di rak buku,
kasut mestilah disusun di rak kasut atau di tepi dinding.
Dan kemudian,
pastikan juga barang2 kita itu diletakkan di tempat yg sesuai,
kalau barang tersebut akan selalu diambil dan digunakan
janganlah simpan di tempat yang sukar
untuk dicapai.
Apabila sudah selesai berkemas,
dan susun atur semua barang2 kita,
kita hanya perlu pastikan
ia berada di tempatnya.
Jangan diubah2 tempat dan kedudukan
barang2 yang telah kita ambil dan digunakan.
Maksudnya, kalau kita dah tetapkan semua buku disimpan di rak buku,
maka selepas kita selesai membaca dan menggunakan buku tersebut,
kita kenalah letak balik di raknya,
jangan dibiarkan di atas katil atau letak di atas meja.
Contoh yang lain pula ialah,
bila kita sudah mengangkat kain baju di jemuran,
kita terus lipat dan simpan ke dalam almari.
Jangan dibiar dan ditangguh untuk menyimpannya
kerana
dikhuatiri kita akan jadi malas dan
tiba2 ada urusan lain pula,
jadi kain2 tersebut akan bersepah dan tak bersimpanlah di tempatnya.
Betul tak??
Contoh yang lain lagi,
bila kita dah balik dari kelas,
mestilah kita akan buka kasut kan masa nak masuk bilik,
jadi terus ambil kasut tu simpan di tempatnya atau susun dengan
teratur di tepi.
Jangan dibiarkan saja didepan pintu.
Ia akan jadi bersepah dan berselerak.
Dan buku2, fail dan beg yg kita bawa ke kelas,
apabila sudah pulang ke bilik,
kita terus simpan ke tempat yang dah kita tetapkan.
Jangan terus letak di katil,lantai atau meja mcm tu je.
Kecuali,
kalau nak letak dimeja pun, pastikan ia
diletak secar teratur dan kemas.
jangan berselerak.
Selain itu, melalui cara aku ni pun,
boleh mengelakkan daripada kehilangan barang2 ,
Contohnya
aku sering meletakkan kunci bilik dan handphone
di tempat yg sama setiap hari iaitu
di satu sudut di atas meja, tepi dinding.
Selepas aku gunakan kunci dan handphone,
aku akan letak semula di situ.
Jadi bila nak guna terutama dalam keadaan yang kelam kabut,
kan senang je nak jumpa.
Tips ini juga lah yg aku berikan kpd
rakan dan adik junior aku yg sering mengadu kunci dan handphone
diorang hilang, x jmpa dlm bilik.
SEBAB
selalu letak merata rata dan x tetap tempat penyimpanannya.
Ok, jadi senang je kan
kalau kita nak pastikan
bilik kita sentiasa kemas, teratur
dan x nampak bersepak dan berselerak?
Mudah sje kalau kita amalkan ikut cara saya itu.
'Hanya meletakkan kembali ia ditempatnya'
No comments:
Post a Comment