Pages

Saturday, February 18, 2012

selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka.

Assalamualaikum..

hari ini aku nak bercakap sedikit mengenai aurat.
hanya sedikit teguran untuk diri sendiri dan pada sahabat2 sekalian.

tanya pada diri kita sendiri, adakah diri ini sudah cukup menutup aurat?
Kepada sahabat muslimin, adakah diri itu sentiasa memakai seluar hingga kebawah lututnya walaupun ketika sedang bermain bola? Apa salah nya bagi yang suka memakai seluar pendek itu, pakailah seluar yang labuh sedikit hingga ke bawah lutut. Bukan susah pun muslimin nak jaga aurat dengan sempurna..hehe.. betul ke tidak?

Bagi muslimat pula dan juga pada diri sendiri, adakah ketika keluar sahaja dari rumah sentiasa memakai tudung yang cukup syarat seperti tudung yang tidak jarang, labuh hingga menutupi dada,. Memakai baju yang berlengan panjang dan tidak menampakkan bentuk badan? Adakah diri itu memakai kasut yang bertutup atau memakai stokin kaki? Kerana aurat muslimah adalah seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. So, kaki pun aurat kan? Jika nak bermake up or berbedak sedikit janganlah keterlaluan hingga menjada tabarruj pula.. hehe..

Peringatan ini semua untuk pada diriku sendiri dan juga kepada semua sahabat2 dan pembaca2 semua. Aku juga kadang kala lalai dan alpa serta tidak sempurna.. Sama2 lah kita sentiasa membaiki diri dan bertaubat kpd Allah..

1 comment:

ainfara said...

thnks..sbg peringatan kite bsame:)

 
Images by Freepik