Pages

Tuesday, September 27, 2011

Couple, boleh ke??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hai semua.. hmm.. tibe2 rase nak update satu lagi entry rini. (Padahal pas isya' tadi cadang nak blek prepare tuk microteaching sok. Tapi smpai skng x mule2 lg.hehe .)

Couple / Kapel! Korang pernah tak kapel? or memang sedang berkapel skang? Sebenarnya elok ke kapel nie? Aku pernah baca sebuah buku mengenai cinta. Katanya dalam berkapel, selalunya pasangan tu akan melakukan dosa , x banyak pun, sedikit sebanyak selalunya ada sebab cube tengok sekeliling kita. Bukan main ramai pasangan kapel yang selalu kuar berpimpin tangan, jalan rapat2, peluk2.. Elok sangat ke tu? Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ni, ingin hidup berpasangan. Manusia and haiwan memang akan mencari pasangannya dan mudah tertarik pada makhluk Allah yang berlawanan jantina.Aku pernah baca sebuah buku Cinta yang berkaitan juga dengan islam. Dalam buku tu, dia tak terangkan secara jelas sama ada kita ni sebagai remaja adakah boleh bercinta ataupun tidak? Cuma apa yang aku ingat serba sedikit, penulis tu kata sebagai remaja, kita ada banyak tanggungjawab antaranya ialah pada Allah, pada agama, pada orang tua dan keluarga, pada pelajaran , persatuan2, dll. Apabila bercinta, dapatkah kita masih memberi fokus dan tanggungjawab pada tugas dan amanah yang dipikul?. Tetapi tak kurang juga pasangan kapel nie, yang memang dalam rancangan ke alam rumah tangga dan tidak melakukan perkara2 maksiat. Kata penulis tu lagi kan dalam bukunya, lebih kurang maksudnya begini, seeloknya beri tumpuan pada pelajaran dan keluarga terlebih dahulu dan mantapkan pendirian agama kita. Tapi seandainya sudah sememangnya sedang berkapel, perlulah menjaga segala tatasusila, maruah diri, pandangan, hati, dan jangan lah keluar secara berdua-duan di tempat yang tidak sesuai dan tidak sepatutnya. Bila pelajaran or ekonomi or kerjaya dah kukuh, and tiada halangan and dah buat istikharah, elok lah dilangsungkan perkahwinan itu mengikut syiar islam. Tapi walaubagaimana pun sama ada anda sedang berkapel atau tidak, pastikan anda mempunyai cinta yang tinggi dahulu kepada Allah dan Rasul Nya. Kemudian barulah anda boleh fikirkan adakah anda layak / boleh bercinta dengan manusia dgn memastikan anda tidak mudah terdorong dengan hawa nafsu syaitan.

Aku tak nafikan bukan sahaja orang2 biasa  pada agama sahaja yang selalu berkapel ini, tetapi ada juga dalam kalangan orang2 yang berilmu dan berpendidikan agama turut mempunyai teman istimewa ini. Tapi ada juga contoh terdekat yang saya pernah lihat, hamba Allah ini memang berkapel dengan hamba Allah sorang ni. Dia memang ada ilmu agama dan mengamalkannya dan berpegang teguh pada ajaran islam. Tetapi saya tak pernah lagi nampak or dengar mereka keluar dating bersuka ria secara berdua-duan dimana-mana. Yang saya tahu, mereka cuma berhubung di kampus mereka, berjumpa di luar  bersama muhrim / ahli keluarga mereka, x de 'bunga-bunga cinta'. Mereka sebenarnya ada rancangan untuk bernikah, tapi atas sebab2 tertentu nampaknya rancangan itu x menjadi. Itu sebagai contoh je lah. Ada pendapat yang lebih suka berpegang kepada prinsip bercinta selepas kahwin. Kalo macam tu lagilah nampak sweet dan diberkati kan.. hmm..

 Mengikut apa yang pernah aku baca and tahu, kalau nak berkapel / cari pasangan, cari lah yang betul2 yang memang nak dijadikan pasangan hidup yang halal. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan begitulah juga sebaliknya. Jangan lah mencari cinta sekadar untuk sje2 nak kapel, nak isi masa lapang, tuk jadikan peneman dikala sunyi, dan nak berseronok je. Buat apa? Buang masa, wang, dan tenaga je! taw x!! Kalo macam tu memang x elok benarlah kan. Kita dah makin dewasa, boleh nak mengundi dah kan. Jangan jadi macam budak2 sekolah yang baru belajar nak bercinta monyet plak.

tapi saya x berani nak komen apa2 la pasal cinta, kapel, and kawin nie. Sebab saya pun masih muda, bru masuk 21, masih belajar, and ada komitmen pada pelajaran, keluarga, dan persatuan2. Soal tu semua biarlah masa yang menentukan. Tak berani nak cakap lebih2, takut lain lak jadinya. Takut terkena batang idung sendiri. Cuma apa yang saya tuliskan ni cuma sebagai perkongsian dengan anda semua, dan mencurahkan idea yang dilhamkan oleh Maha Pencipta.

Apa2 pun, anda sendirilah fikirkan yang terbek tuk idup anda dan menilainya sendiri.

Love is Cinta. Cinta is Islam.!

No comments:

 
Images by Freepik