Pages

Saturday, August 6, 2011

C.I.N.T.A.

Menurut Wikepedia Cinta itu adalah satu perkataan yang mengandungi perkataan yang rumit. Yang dialami oleh semua makhluk. Cinta adalah sebuah emosi dan kasih sayang yang kuat dan ketertarikan peribadi.

Definisi cinta dalam Al-Quran pula disebut Hubb (Muhabbah) dan Wudda (Mawaddah) yang beerti menyukai, menyenangi, menyayangi.

Cinta itu adalah sebuah komitmen, bersifat naluri,merupakan fitrah semulajadi, memerlukan pengorbanan dan sentiasa meletakkan cinta itu ditempat yang teratas.

Cinta merupakan ungkapan, perasaan dan luahan dari seseorang kepada yang lain. Siapakah orangnya??

Yang paling utama semestinya Cinta kepada Allah.. Iaitu Pencipta kita dan sekalian makhluk di dunia ini. Bagaimana caranya untuk kita menunjukkan kecintaan kita kepada Nya?
Sudah tentulah dengan cara mentaati segala perintahNya dan sentiasa mengingatiNya dalam apa jua yang kita lakukan. Cinta inilah yang tidak akan luntur selamnya hingga ke akhirat kelak. Cinta kepada Allah lah yang hakiki.



Kemudian cinta juga kepada para Rasul dan nabi s.a.w. Cara untuk kita tingkatkan rasa cinta kita kepada Rasul kita ialah kita perlulah mengenali, mempelajari sirah Rasul dan menghayatinya. Bila kita dapat menghayati dan memahami perjuangan baginda, kita pasti akan berasa sayang dan rindu padanya. Oleh itu kita hendaklah berusaha untuk mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda kepada kita dan sentiasa mencontohi baginda dalam amalan seharian kita.



Kemudian terdapat juga cinta kepada manusia. Siapa?? Kepada ibu bapa, keluarga, sahabat-sahabat dan lain-lain. Sebelum mencintai diri orang lain, kita perlulah menyayangi dan mencintai diri sendiri dulu kemudian barulah dicurahkan rasa cinta dan sayang itu kepada yang lain. Kerana kita sayang dan mencintai diri sendiri, kita perlulah menjaga diri, dan menghargai diri kita. Jangan disakiti diri dan jiwa kita.



Rasa cinta dan sayang kepada insan lain seperti kepada kekasih yang bukan muhrim adalah tidak kekal selamanya. Kadang-kadang rasa cinta itu tidak dapat dikawal dengan akal dan jiwa yang bersih. Jadi berhati-hatilah kerana syaitan sentiasa berusaha mencari jalan untuk menyesatkan anak adam dan hawa ke lembah maksiat.





'Ya Allah, 
ketika aku menyukai seorang teman, tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia 
tidak akan pernah ada sesuatu yang abadi.
Sehingga ketika seorang-seorang meninggalkanku,
aku akan tetap kuat dan tegar kerana
aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir 
iaitu,
cinta-Mu Ya Allah.'


 

No comments:

 
Images by Freepik