Pages

Friday, July 8, 2011

Hegemoni dan Globalisasi Barat


PENGENALAN

Abad ke-20 dan 21, kita telah melihat perkembangan pusat sains dan teknologi maklumat yang semakin maju dan luar biasa. Tambahan pula, seiring dengan kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Akan tetapi kita telah menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sebelum ini, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada  hegemoni Barat. Kemudian, ia telah menimbulkan banyak masalah terutamanya bertentangan nilai-nilai timur.

KONSEP HEGEMONI DAN GLOBALISASI.
           
            Istilah hegemoni berasal dari istilah Yunani, iaitu hegeisthai. Konsep hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.
Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu ,iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Ia menggambarkan suatu hubungan  yang bersifat ‘monopoli’ dan ‘dominasi’ antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa.
Hegemoni boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang ditekan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi   yang wajar (common sense). Lihat juga definisi dibawah ini:
 SHAPE  \* MERGEFORMAT  Hegemony is the dominance of one group over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly, cultural perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony controls the ways that ideas become “naturalized” in a process that informs notions of common sense (http://en.wikipedia.org/wiki/Hegemony)
 SHAPE  \* MERGEFORMAT  “…Dominant groups in society, including fundamentally but not exclusively the ruling class, maintain their dominance by securing the ‘spontaneous consent’ of subordinate groups, including the working class, through the negotiated construction of a political and ideological consensus which incorporates both dominant and dominated groups.” (Strinati, 1995: 165)
Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik, dan budaya dari kelompok dominan (the ruling party, kelompok yang berkuasa). Hegemoni diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan.Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sedemikian sehingga pihak yang didominasi tetap taat terhadap kepemimpinan kelompok penguasa.
Hegemoni boleh dilihat sebagai strategi untuk mempertahankan kekuasaan,
“…the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and maintain it later.” (Simon, 1982: 23)
Globalisasi pula dapat didefinisikan sebagai peruntuhan pagar-pagar yang memisahkan antara negara sehingga dengan itu mudah berlakunya  pertukaran, pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai lapangan seperti ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama.
Walaupun globalisasi pada asalnya bermaksud pertukaran, pemindahan dan perkongsian antara negara, realitinya menunjukkan bahawa ia tidak wujud dalam bentuk dua hala yang adil. Sebaliknya, terdapat negara yang bersifat “mengglobalisasi” dan terdapat juga negara yang bersifat “diglobalisasi”. “Mengglobalisasi” itu adalah negara yang menyebarkan ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama mereka kepada negara lain. Ada pun “diglobalisasi”, ia adalah negara yang bersifat hanya menerima ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama dari negara yang “mengglobalisasi” tanpa menilai sama ada ia membawa manfaat atau mudarat.
FAKTOR-FAKTOR HEGEMONI DAN GLOBALISASI.

Pada abad ke-21 ini, sedar atau tidak sedar sebenarnya dunia masa kini telah dipengaruhi oleh hegemoni Barat dan globalisasi dalam kehidupan kita. Mengapakah pengaruh hegemoni barat ini telah menular dengan meluas sekali di dunia? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku?
            Imperialisme baru merupakan suatu fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai dan meluaskan semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia. Dengan fenomena inilah yang menjadi salah satu punca pengaruh hegemoni Barat makin meluas. Mereka berhasrat untuk menjadi kuasa nombor satu di dunia yang menjadikan semua negara lain tunduk dan berada dibawah pengaruh mereka. Kuasa Barat ini telah bertindak seperti polis dunia yang kononnya memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Mereka merasakan bahawa telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran yang ada pada negara-negara yang menjadi musuh kuasa Barat yang boleh mengancam keselamatan dunia. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai matlamat untuk memperluaskan pengaruh hegemoni mereka.
            Kuasa Barat mempunyai semangat dan dasar yang sentiasa merancang untuk menjajah mana-mana negara islam yang mempunyai potensi untuk bangkit menjadi sebuah kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan meluaskan jaringan dan pengaruhnya melalui media, ekonomi, sosial, dan juga hak asasi manusia.
            Proses globalisasi pada hari ini menjadi peluang keemasan bagi kuasa-kuasa Barat untuk mengekalkan hegemoni mereka. Dengan kepantasan perpindahan maklumat kini, Barat dapat menguasai media dan komunikasi Barat dan memberi implikasi terhadap dunia seperti Cable News Network (CNN), dan British Broad-Casting Corporation (BBC). Wartawan-wartawan tempatan juga menunggu dan menggunakan berita daripada media Barat. Berita-berita yang disebarkan oleh media Barat merupakan persepsi dari Barat sendiri. Secara tidak langsung pengaruh mereka terhadap dunia juga makin meluas.
            Aplikasi dan perancangan Zionis juga menjadi faktor wujudnya pengaruh hegemoni Barat dalam era globalisasi ini. Zionis mempunyai matlamat utama untuk mengukuhkan kedudukan mereka di serata dunia. Pemimpin Yahudi merancang untuk menguasai mata wang dan ekonomi dunia supaya kuasa Barat ini dapat mencampuri urusan secara tidak langsung terhadap pasaran saham antarabangsa. Gerakan Zionis Yahudi turut mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat dunia dengan menyebarkan fahaman mulhid atau ateis dan falsafah sekular. Kerana itulah pengaruh mereka makin berleluasa dan wujud golongan yang tidak mempercayai Tuhan (fahaman ateis). Sedangkan sejak berabad-abad lamanya telah wujud kepercayaan dan agama dalam masyarakat dunia sebagai pegangan hidup.
            Masyarakat masa kini telah wujud 2 golongan yang telah merosakkan dan mencalarkan imej islam seperti  golongan ultra moden yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barat dengan menerima nilai Barat sepenuhnya dan golongan konservatif yang menjaga status mereka dalam masyarakat. Golongan seperti inilah yang merosakkan reputasi dan perkembangan orang-orang islam. Mereka menjadikan fahaman Barat sebagai idola dan ikutan dalam kehidupan mereka. Faktor inilah juga yang menyebabkan hegemoni Barat makin kukuh di dunia.
            Kebanyakan negara  yang majoritinya adalah umat islam kini pentadbirannya lebih mengikut peredaran zaman yang jelas sekali telah dimonopoli dan dipengaruhi oleh hegemoni Barat. Pentadbiran negara tersebut tidak lagi berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
            Selain itu, keadaan ekonomi yang lemah menyebabkan kuasa Barat mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi dunia dengan pengaruh hegemoni mereka. Contohnya Amerika Syarikat lebih banyak memasarkan produk-produk mereka ke pasaran global. Bahkan, kebanyakan produk yang dijual di pasaraya tempatan juga terdiri daripada pelbagai jenis produk-produk dari negara Barat.
            Hegemoni Barat ini berlaku juga disebabkan oleh kesan penjajahan mereka terhadap negara-negara yang lemah ketika berabad-abad lamanya dahulu. Negara Barat telah membawa perubahan dan kemajuan suatu ketika dahulu terhadap negara-negara yang dijajah. Maka akibat daripada penjajahan tersebut, ia telah meninggalkan kesan dan implikasinya terhadap masyarakat setempat yang masih mempunyai pengaruh daripada Barat. Dengan itu hegemoni Barat adalah lebih mudah lagi dikekalkan.
            Masyarakat dunia islam kini tidak lagi selalu melakukan pentarbiyahan dalam hati dan jiwa untuk memelihara hati dan diri daripada mudah terpengaruh dengan budaya dan kuasa Barat dalam kehidupan. Masyarakat tidak menjadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran di masa hadapan dan kurang berhati-hati bagi mengelakkan hegemoni Barat dalam globalisasi dunia masa kini. Menurut Amir Shakib Arsalan, seorang pemikir islam Druzl, masyarakat islam kini mempunyai semangat yang lemah untuk berkorban demi islam atau kata lain ialah berjihad mempertahankan kehidupan yang berlandaskan islam.

KESAN-KESAN HEGEMONI BARAT.

            Terdapat banyak kesan hegemoni Barat berlaku pada satu dunia khususnya di Asia dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut media, ekonomi, politik, sosial, dan hak asasi manusia.

1. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Media
Barat telah pun menguasai media dari seluruh dunia sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perkara ini berlaku kesan daripada perkembangan pesat teknologi dan hasilnya maklumat disebarkan ke seluruh dunia begitu pantas sekali. Lebih-lebih lagi, pada masa kini surat khabar dari pelbagai negara boleh dibaca di skrin komputer dengan mudah.
Selain itu,media juga boleh menjatuhkan dan menaikkan populariti seseorang dengan mudah sekali. Sebagai contoh, dalam rancangan realiti ‘American Idol’, bagaimana mudahnya media menaikkan nama seseorang daripada tidak terkenal kepada seorang selebriti yang mempunyai pendapatan berjuta-juta setahun. Media juga mempengaruhi pandangan dan sikap masyarakat tempatan atau dunia dimana jelas pada masa kini,
Islam telah pun dipandang serong disebabkan media Barat telah menyebarkan berita yang memburuk-burukkan agama ini. Keadaan ini jelas menunjukkan media Barat telah memberikan kesan yang sangat besar kepada masyarakat dunia.
Oleh kerana kesannya terhadap dunia begitu berkesan, Barat telah pun menubuhkan media-media antarabangsa seperti  Cable News Network (CNN), British Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters, Broadcasting Corporation (BBC), dan Reuters.Mereka berada di mana-mana di seluruh dunia sehinggakan liputan yang dibuat pantas dan menyeluruh sehinggakan wartawan tempatan negara bergantung kepada mereka sebagai sumber  bahan berita.
Selain daripada berita, media Barat juga membuat filem dan hiburan yang mempengaruhi masyarakat dunia dan mewujudkan Hollywood yang telah pun menjana pendapatan berbillion dollar. Dalam filem mereka terbitkan, watak utama Barat khususnya Amerika Syarikat adalah seorang yang baik, pejuang keadilan, bertimbang rasa dan pasti akan menang dalam setiap peperangan yang wujud. Keadaan ini jelas telah mempengaruhi pandangan masyarakat dunia terhadap masyarakat  Amerika Syarikat dimana keadaan realiti dunia begitu jauh sekali daripada yang difilemkan.

2. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Ekonomi
Dari sudut ekonomi pula, Barat telah pun menguasai ekonomi dunia sejak dulu lagi. Menguasai ekonomi sama seperti mengusai dunia kerana mereka boleh memanipulasi ekonomi dunia yang boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain itu juga, Barat telah pun menubuhkan kelab ekskulsifnya iaitu G7 dimana kelab ini hanya boleh disertai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Perancis. Keadaan ini akan menyebabkan negara-negara yang memerlukan bantuan tidak akan dapat kerana disishkan daripada negara maju yang boleh membantu mereka dari segenap aspek.
Barat juga telah menubuhkan syarikat-syarikat multi-nasional yang beroperasi seluruh dunia bagi memastikan ekonomi dapat dikawal oleh Barat dengan menguasai ekonomi sesebuah negara tersebut selain mengaut keuntungan secara maksimum. Kesan daripada penubuhan syarikat tersebut, Barat telah menubuhkan World Bank dan International Monetary Fund (IMF) untuk memperkukuhkan pengusaan mereka. Matawang mereka diguna pakai seluruh dunia khususnya apabila hendak melakukan perniagaan antarabangsa. Impak daripada penguasaan ekonomi tersebut, Barat berjaya menguasai kekayaan dunia dan jurang antara kaya dengan miskin semakin ketara.

3. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Politik
Dari sudut politik pula, Barat telah berusaha pelbagai cara untuk memastikan mereka terus berkuasa termasuklah mewujudkan blok-blok negara tertentu seperti Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat. Bagi mengukuhkan lagi penguasaannya, kuasa Barat telah pun mewujudkan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu kononnya menjaga keamanan dan kepentingan bersama ahli namun pertubuhan ini hanyalah untuk kepentingan pihak Barat sahaja.
Tidak cukup dengan kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak Barat telah mewujudkan kuasa veto atau kuasa mutlak dimana hanya dinikmati oleh kuasa-kuasa besar seperti Perancis, United kingdom dan Jepun. Kuasa veto ini mempunyai kuasa yang tinggi sehinggakan berkuasa untuk tidak mengesahkan apa jua bentuk perbincangan atau persetujuan antara negara lain tanpa berbincang dengan negara lain. Kuasa veto juga memberikan mereka bertindak bersendirian untuk menyerang negara lain seperti peperangan Amerika syarikat dengan Iraq dan Afghanistan.
Mana-mana negara yang bersekutu dengannya akan diberikan pelbagai kemudahan dan nikmat namun untuk negara yang membangkang barat khususnya Amerika Syarikat akan mengalami pelbagai bentuk sekatan yang dikenakan seperti mana yang berlaku pada Iran apabila meneruskan program nuklearnya. Keadaan ini jelas menujukkan hegemoni barat berat sebelah.

4. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Sosial
Dari sudut sosial pula,pelbagai bentuk hiburan seperti muzik,nyanyian, filem dan lain-lain telah pun disebarkan ke seluruh dunia sehinggakan hiburan mereka ditiru tidak kira baik atau buruk teruatamnay golongan muda. Pelakon-pelakon dan artis mereka mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia termasuk di negara-negara membangun seperti Malaysia.
Oleh sebab mereka juga, wujudnya pelbagai irama muzik antaranya rock,blues,heavy dan pop.Selain itu juga, budaya makanan disana juga turut berkembang dan yang paling menerima kesan adalah makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald(McD), Coca Cola dan Pepsi. Selain itu, pemakaian berjenama seperti Lewis’s Lee dan Adidas pun mengikuti fesyen disana  dimana pakaian mereka lebih menjolok mata dan bebas mengikut kehendak sendiri. Keadaan ini jauh daripada pegangan orang Timur dimana lebih mengutamakan kesopanan. Anak-anak muda Timur khususnya Malaysia berasa bangga jika memakai pakaian berjenama Barat dan mempunyai kelas tersendiri.

5. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Hak Asasi Manusia
             Konvensyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang perlu menggariskan hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua manusia tanpa dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama, merdeka mahupun tawanan. Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat seluruh dunia yang inginkan keadilan dan dunia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan.Adakah piagam ini dipatuhi oleh kuasa-kuasa Barat?

KESIMPULAN.
Hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan kepada kita semua terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang.
            Pelbagai punca dan sebab berlakunya perkara tersebut seperti fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia, kuasa Barat yang mempunyai semangat dan dasar tertentu, Barat ingin menguasai mata wang dan ekonomi dunia , mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat dunia, keadaan ekonomi yang lemah dan sebagainya.
Kini, budaya barat telah meresap dalam jiwa remaja. Contohnya, budaya hip-hop yang terhimpun di dalamnya beberapa budaya lain seperti rappers, grafity, dan lain-lain. Budaya ini merupakan simbol keruntuhan majoriti masyarakat Barat, khususnya dalam pergaulan bebas dan hiburan yang melampau. Ia juga merupakan simbol budaya bagi kebanyakkan disko-disko dan kelab-kelab malam di dunia Barat, khususnya untuk para remaja.

Justeru, budaya barat membawa banyak keburukan seperti kemusnahan keluarga, kehilangan maruah, jati diri tiada, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal, jenayah dan ketakutan. Malah ia telah memberi kesan daripada sudut media, ekonomi, politik, sosial, dan juga hak asasi manusia. Tambahan pula, ia berjaya menghakis budaya melayu dan islam.

Maka, jelaslah bahawa,  tamadun Barat tidak mampu untuk menjadi contoh tamadun yang sempurna, kerana ianya dibangunkan secara asasnya, di  atas dasar materialistik. Ini menyebabkan ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dalam tamadun Barat.

Justeru itu, kita sebagai umat Islam perlu kembali menjadikan tamadun Islam yang dibina di atas acuan Nabawi, sebagai contoh pembangunan sesebuah tamadun manusia yang sempurna. Ini kerana, tamadun Islam yang pernah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di atas dasar Aqidah,Syariah dan Akhlak Islam telah diakui kesempurnaannya, oleh para cendikiawan yang jujur dan telus dalam mengkaji tentang ketamadunan manusia, samada di kalangan umat Islam mahupun orang-orang bukan Islam.

Tamadun Islam yang diasaskan diatas Al-Quran dan As-Sunnah yang diturunkan Allah kepada Rasul untuk disampaikan kepada umat manusia. Tamadun Islam merupakan tamadun yang paling sempurna dari segenap sudut sesebuah ketamadunan manusia, yang pernah wujud di dunia ini. Maka, hanyalah dengan Islam, sesebuah pembangunan tamadun yang sempurna dapat dibina.



3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...terima kasih sebab letak maklumat pasal hegemoni barat...modul akak dapt dr ipg tak lengkap...dh le nk peksa ni...br le paham...mekacih ye...

Miss ogIeK Nhb said...

asalaMualaikumsalam. . thankss dengan maklumat yang diberikan

Miss ogIeK Nhb said...

tq ngaN makLumatnya

 
Images by Freepik