Pages

Wednesday, January 6, 2016

Kelli'es Castle

November lalu, aku ke Seri Iskandar untuk menghantar adik lelaki aku menghadiri istiadat konvokesyen. Bukan main semangat siap ambil cuti 2 hari lagi. Sebabnya hari mengambil jubah dan hari konvonya berbeza hari.

Sehari sebelum konvo, adik aku tu sibuk ambil gambar pre kovo dengan kawan-kawannya. Jadi aku pun berjalan la sorang2 lawat kawasan Kelli's Castle.

 Kelli's Castle?

Kelli's Castle dibina oleh William Smith, seorang jurutera awam dari Britrish.






Kelli'es Castle ni kedudukannya di Batu Gajah. Jika kita nak ke UiTM Seri Iskandar dari Kuala Lumpur pasti kita akan lalu Kelli'es Castle ni. Kalau korang datang sini, rugi kalau tak singgah ke castle ni. Bayaran masuk hanya RM5 sahaja.

Pada awalnya, William dan isterinya Agnes telah tinggal di sebuah banglo kayu yang terletak dalam kawasan estet William yang dikenali sebagai Kellas House. Mereka telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Helen dan Anthony.


Tinggalan sejarah Kellas House






Kellie's Castle mula dibina selepas kelahiran Helen bersebelahan juga dengan Kellas House. Namun begitu, pembinaannya agak terganggu kerana mereka menghadapi masalah kewangan pula.


Plan Kellie's Castle




Lorong turun tangga ke bilik simpanan arak dan terowong


Bilik simpanan arak






Ruang tamu









 Bilik sembahyang






 Bilik






Setiap bilik tidur dalam Kelli's Castle ni mesti ada bilik air. Dalam bilik air tu pula, ada tangga rahsia untuk Agnes dan anak-anak lari bersembunyi apabila berlaku sebarang kecemasan dan pencerobohan.


Bilik air


Tangga 




Balkoni serambi berhantu





Ruang lif





Bilik linen






 Bilik bacaan






 Bilik serbaguna






 Terowong bawah tanah





Friday, October 23, 2015

Tips menghadapi VIVA IPG

Assalamualaikum
Salam Jumaat..

Hai, hari tu aku dah share sedikit mengenai tips dan pengalaman aku buat Kajian Tindakan masa belajar dulu. Hari ni aku nak share ckit mengenai persediaan menghadapi VIVA.

Pertama,
sebelum nak buat apa-apa. Pastikan kita faham sepenuhnya mengenai hasil kajian yang telah kita laksanakan. Baca dan tengok balik betul2 hasil kajian kita tu.

Kedua,
cari isi penting dan apa yang perlu sahaja untuk dipaparkan di dalam paparan power point. Rujuk dan tanya pensyarah pembimbing dan senior.

Ketiga,
setiap slide power point perlulah ringkas dan jelas. Tidak perlu masukkan karangan panjang berjela. Cukup short form sahaja. Selebihnya catat dalam kertas kecil atau hafal apa yang sepatutnya kita jelaskan kepada audien. Seharusnya faham, dan baru hafal fakta.

Keempat,
Sediakan juga hand out / hardcopy kepada panel penilai.

Kelima,
Bila dah siap slide, semak lagi sekali dan rujuk pada pensyarah pembimbing.

Keenam,
Praktis bercakap dan andaikan kita tengah membentangkan kajian kita tu. Cakap sorang2 pun boleh, cakap depan kawan or depan cermin.

Ketujuh,
Pada hari pembentangan, pakai pakaian yang kemas dan sesuai. Pakai blazer untuk lebih tampak kemas dan profesional. Name tag jangan dilupa.. hehe..

Kelapan,
Sediakan juga hand out / hardcopy kepada panel penilai.

Kesembilan
Semasa nak memulakan perbentangan, macam biasa berdoa dan berselawat. Yakinkan diri dan mulakan dengan ucapan salam kepada panel dan audien.

Kesepuluh,
semasa bercakap, lontarkan suara dengan jelas dan yakin. Jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu kuat seperti menjerit dan memekik. Jangan lupa senyum.

Kesebelas,
jika perlu bawa dan tunjukkan bahan atau dokumen yang berkaitan dengan kajian. Perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi. Mungkin terdapat penel penilai yang akan mempersoalkan kesahihan dan apa sahaja soalan berkaitan dengan kajian anda. Cuba jawab degan yakin walaupun mungkin terdapat soalan yang anda sukar untuk jawab.

Keduabelas,
bila dah selesai, jangan lupa ucapkan salam dan ucapan terima kasih kepada semua panel dan audien yang mendengar.

Seterusya tawakal sahaja.

Dah lepas, dah.. tak perlu nak stress dan tension..

Be happy, ambil gambar kenang kenangan dengan kawan-kawan dan pensyarah pembimbing, ok.. hehe..







Tuesday, September 15, 2015

Kajian Tindakan IPG

Hai.. Assalamualaikum..

Apa itu Kajian Tindakan ?

Bagi pelajar IPG, Kajian Tindakan tu satu laporan projek yang menjadi sebahagian syarat wajib untuk lulus bagi Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG). Tapi lau budak U biasanya panggil Thesis. Masa semester 7, korang perlu buat proposal dan ianya lebih ringkas. Masa sem 8 baru buat laporan penuh dan lebih detail. Lepas tu korang perlu bentangkan dalam VIVA kajian tu dan akhirnya akan dijilidkan. Kajian tindakan ni pun cikgu2 ada buat, Tapi apa yang aku nak share kat sini cuma mengenai kajian untuk student IPG.

Entry kali ni cume nak share sedikit tips untuk para junior IPG IK yang akan masuk semester 7 dan 8. Apa yang aku tulis ni lebih kepada pengalaman je. Terpulang nak ikut atau tidak.

Pertama,
dari awal semester 7 lagi kena buat kajian ni. Kenalpasti apa masalah murid yang kamu cuba nak atasi berdasarkan pengalaman semasa PBS dan praktikum. Contohnya aku dulu, selalu hadapi masalah murid bermasalah pendengaran yang lemah dalam penguasaan bahasa. Jadi aku pilih tajuk berkaitan dengan bahasa untuk murid bermasalah pendengaran. Jadi masa sem 7 lagi aku dah start buat kajian dan bukan hanya tulis proposal semata-mata.

Kedua,
masa tulis proposal tu, buat macam nak tulis kajian tindakan yg betul. Buat dengan bersungguh dan detail. Sebab, nanti bile sem 8 nak kena hasilkan kajian tindakan tu, senang.. Jadi lebih mudah sebab hanya perlu tambah mana yang perlu dan edit je. Jadi kerja kita pun jadi kurang. Biasanya student IPG akan praktikum dan intenship semasa sem 7 dan 8 di sekolah yang sama. Jadi mudah la, sekolah yg sama, dan murid yg sama.

Ketiga,
Buat banyak rujukan dari contoh-contoh kajian tindakan antara yg terbaik dalam kalangan para senior. Biasalah mula2 nak buat mesti blur dan banyak x faham. Jadi buat byk rujukan dan contoh. Jangan tengok pada satu atau dua contoh sahaja.

Keempat,
Rajin berjumpa dengan pensyarah pebimbing / penyelia sebab dia yang akan bagi kita markah. Jangan malas buat draft. Kena rajin, dan selalu tunjuk pada pensyarah. Bila salah, betulkan, dan tunjuk lagi. Kena selalu berbincang dan minta pandangan pensyarah.

Kelima,
ambil rujukan dan citation lima tahun kebelakang yang terkini. Setiap hujah, teori, dan fakta kena ada bukti sokongan. Baru isi kita mantap. Yang lain-lain tu biasa la, ikut format dan cara penulisan kajian yang betul.


Ok, itu shja.. kalau ada sebarang persoalan boleh pm ok..

Next, Insya Allah lau de masa, rajin..hihi..aku update pasal tips utk persediaan VIVA pula ok..


Bai,.. Assalamualaikum..

Salam sayang,
Kak Bunga (kalo adik2 IPGIK masih ingat n kenal la.. haha )


Tuesday, July 14, 2015

5 bulan dah ...

Assalamualaikum

Hai, dah lebih 5 buln aku berkhidmat di sek kebangsaan seri permaisuri ni. Alhamdulillah.. Walaupun pada mulanya frust dan sedih juga sebab tak dipostingkan ke Sek Keb Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, tapi sekarang aku dah makin selesa dan cool.. ahhaha.

Di SK Seri Permaisuri, takde kelas P.Khas utk masalah pendengaran, yang ada cuma arus perdana dan arus pendidikan khas Masalah Pembelajaran. Jadi aku dipostingkan utk mengajar P.Khas masalah pembelajaran. Apa itu masalah pembelajaran atau Learning Diabilities (LD) ?

LD tu kategori untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti, autisme, sindrom down, serebral palsi, hypraktif dan sebagainya. 

Memang sedih dan frust sebab tak dapat kerja dalam bidang yang kita dah penat2 belajar selama 5 tahun setengah di institut dulu. Tapi sekarang Alhamdulillah sekarang aku dah semakin selesa dan boleh terima dengan hati yang terbuka. Lagipun kami para pelajar institut pendidikan guru (IPG) memang dah sedia maklum, bahawa kami tidak semestinya dipostingkan ke sek atau major yang dipelajari.

Lagi pun aku yakin, apa yang Allah dah tetapkan itulah yang terbaik. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya. Suasana sekolah yang ok, cikgu2 yang ok, cikgu2 P.Khas yang happening, GPK yang bnyak membantu, dekat dengan IPG. Kalau aku dipostingkan mengikut major aku, mungkin aku tak dapat semua tu. Mungkin dapat sekolah yang jauh, rakan sejawat yang x ok, GPK yang tak membantu, dan sebagainya. Jadi aku bersyukur. Lagipun aku boleh je masuk balik bidang yang aku belajar dulu pada masa akan datang. Aku boleh mohon pindah ke sek masalah pendengaran balik, atau sambung belajar dan mohon jadi pensyarah untuk masalah pendengaran. Siapa tahu pada masa akan datang kan..

Mengajar murid khas ni memang kena banyak bersabar. Ada murid yang sukar dikawal, guru-guru kena bijak untuk kendalikan situasi. Murid-murid khas ni belajar subjek teras seperti murid arus perdana juga tapi diubahsuai dan direndahkan tahapnya mengikut kemampuan murid. Kelas disusun tidak mengikut umur dan tahun tetapi mengikut tahap dan kemampuan murid. Selain itu, terdapat juga subjek lain yang lebih untuk melatih murid kearah berdikari seperti Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku. Jadi selain murid belajar subjek teras, murid akan belajar untuk mengurus diri sendiri, mengemas bilik, menukang, memasak, menjahit dan sebagainya. Jadi sepanjang aku mengajar disini, aku banyak belajar pelbagai kemahiran baru. Jadi guru pendidikan khas masalah pembelajaran ni boleh jadi suri rumah, isteri dan ibu yang baik.. hahahaha...


 Hari pertama melaporkan diri


Bilik urus diri


Kelas



Setiap hari rabu, murid P.Khas tahap 2 akan menjalani aktiviti ko-kurikulum seperti kelas arus perdana juga. Tetapi kami asingkan kerana murid-murid khas ini mempunyai tahap dan kebolehan yang jauh lebih rendah dengan murid-murid arus perdana. Jika mereka bergabung dengan aktiviti murid normal, pasti mereka amat ketinggalan dan tidak dapat belajar sesuatu dengan baik. Kecuali murid khas yang belajar di kelas inklusif. Inklusif ni maksudnya, murid khas tetapi berkebolehan untuk belajar mata pelajaran arus perdana bersama-sama dengan murid normal yang lain dalam kelas yang sama.

Setiap hari khamis pula, biasanya kami akan bawa murid-murid khas ni untuk menjalani terapi air atau terapi boling di luar kawasan sekolah.







Siapa kata murid khas x de aktiviti perkhemahan? Ada.. mereka juga boleh dibawa untuk mengadakan lawatan dan aktiviti perkhemahan. Awal tahun hari tu, kami bawa murid-murid ni ke Kuala Gandah, Pahang untuk aktiviti lawatan dan mini perkhemahan.













Alhamdulilah.. yang penting kerja yang sesuai, kerja halal dan dberkati..

Friday, July 3, 2015

Tips tambah rezeki

Assalamualaikum

Pernah tak korang meniaga tapi tak untung-untung?

Pernah tak korang rasa, tahap ekonomi korang sama je, takde naik-naik pun?

Pernah tak korang rasa susah nak dapat apa yang korang hajati?

Hmm....aku ada baca kat blog sesorang yang super duper cantik dan classy ni...dia share tips untuk tambah rezeki..

Pertama,
Solat di awal waktu.. Tambah lagi dengan solat-solat sunat seperti solat dhuha, tahajud, taubat, dan hajat. Buat setiap hari dan istiqamah. Cuba buat 44 hari..dan cuba rasa perbezaannya..

Kedua, 
Sedekah subuh.. Sebenarnya kita semua tahu bahawa sedekah tu sangat baik dan memberi manfaat kepada pemberi dan penerima. Banyak kisah yang kita dengar dan baca yang menceritakan tentang hikmah bersedekah. Sedekah sebenarnya memurahkan lagi rezeki kita dan bukannya mengurangkannya lagi. Tapi berapa ramai antara kita yang konsisten dan sentiasa bersedekah? Salah satu caranya sediakan tabung sedekah kita sendiri. Setiap subuh pas solat masukkan sedikit duit ke dalam tabung tu. Cukup sebulan bagi pada sesiapa yang memerlukan. Kemudian cara lain, belanja orang lain makan. Pagi2 tu lau nak beli kuih ke nasi lemak ke, bayarkan la 2-3 orang customer yang lain. Atau duit baki kita yg sikit2 tu, bagi je pada penjual tu.

Ketiga,
Usaha sampai Tuhan kesian.. Maksudnya disini, kita usahakan sehabis baik  giler2 punye usaha. Kalau nak bisnes maju, hari2 keluar meniaga, rajin promote barang dan sebagainya. Kalau nak dapat dekan, giler2 belajar, fokus, konsisten dan sebagainya. Kalau nak dapat jodoh yang baik pun, usaha gak mencari dan memilih yang terbaik antara yang baik, doa dan mohon petunjuk sungguh2 tanpa putus asa dan malas. Ha.... gitulahh..

Jadi, apa pun sebenarnya tepuk dada tanya selera. Nak atau tak nak.. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan.. Usah, doa, tawakal.. 

Semoga ada rezki yang melimpah ruah dan halal untuk kita semua..

Aminnn..
 
Images by Freepik