Pages

Monday, July 7, 2014

Pentaksiran



Pengertian dan Konsep

            Pentaksiran merupakan proses untuk mendapatkan maklumat dan membuat penghakiman mengenai sesuatu dalam proses pendidikan. Penghakiman itu melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian dalam aspek pendidikan. Proses mendapatkan maklumat  dalam pentaksiran ini merangkumi prinsip-prinsip seperti instrumen, kumpulan yang ditaksir, respon, kumpulan yang menaksir, dan skor. Selain itu, pentaksiran juga bermaksud satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan (Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang, 2008). Antara tujuan pentaksiran ini ialah untuk mendapatkan maklumat prestasi seseorang dalam pembelajarannya. Kedua, guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Yang ketiga pula ialah guru dan murid dapat memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
            Pentaksiran ini dibuat dalam bentuk set ujian bertulis dan diberi markah bergred. Semasa melaksanakan proses pentaksiran ini, set ujian digunakan oleh penguji kepada individu atau kumpulan yang hendak diuji. Kemudian penguji akan mencatat dan merekodkan markah dan seterusnya memberikan gred berdasarkan markah yang diperolehi. Pentaksiran dijalankan hanya selepas satu-satu sesi pengajaran. Oleh itu ia terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran sahaja. Hasil daripada melakukan pentaksiran ini menunjukkan pencapaian secara relatif.
            Dalam sesebuah kelas, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid. (Mok Soon Sang,1994). Pengujian ialah satu kaedah dalam pengukuran yang dijalankan dengan cara yang sistematik. Pengujian merupakan alat untuk mengukur tingkah laku individu. Ia merupakan satu prosedur yang bersistem bagi mengukur perubahan tingkah laku (Azizi Ahmad et all, 2008). Selain itu dalam buku Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan, Azizi Ahmad turut mengatakan pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Di sekolah, pegujian dilaksanakan adalah untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran selepas sesi pembelajaran berlaku. Pengujian dilakukan terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru. Pengujian dilakukan pada 3 peringkat iaitu sebelum, semasa, dan selepas sesuatu pengajaran. Pengujian pada sebelum pengajaran dinamakan sebagai pra-ujian bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan. Ujian boleh diberikan secara lisan atau bertulis bagi mengetahui kemajuan yang telah dicapai dan kefahaman yang diperolehi oleh murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Tujuan pengujian ini dilakukan terhadap murid ialah untuk mengukur pembelajaran murid, dan tahap pencapaian murid, untuk mengukur keberkesanan pengajaran guru terhadap murid, dan untuk memotivasikan murid agar lebih bersungguh-sungguh belajar bagi mencapai tahap yang lebih tinggi.
Penilaian merupakan suatu proses untuk mendapatkan maklumat kuantitatif. Menurut Azizi Ahmad dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian Pendidikan mengatakan bahawa penilaian itu dijalankan dengan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Guru dapat menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai bagi sekumpulan murid dalam pengajarannya. Penilaian dibuat untuk memberikan maklumat pencapaian objektif pengajaran, kaedah pengajaran guru terhadap pengajaran dan pembelajaran, dan untuk mengetahui keberkesanan kurikukulum untuk sekumpulan murid.
Dengan membuat penilaian, anggaran boleh dibuat sama ada matlamat yang ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.  Penilaian juga boleh dilakukan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pengajaran dilaksanakan. Ia turut boleh dijalankan berdasarkan keseluruhan kurikulum atau sebahagiannya sahaja mengikut spesifikasi pembelajaran atau kehendak penguji.
Guru dapat mengukur pencapaian murid melalui ujian yang dijalankan. Guru akan membuat tindakan susulan berdasarkan hasil ujian tersebut bersama – sama dengan maklumat yang lain. Selain itu, data juga diperoleh daripada pemerhatian dan temubual oleh guru kepada murid.

Perbandingan

Pentaksiran
Pengujian
Penilaian
Definisi
Satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Satu prosedur yang bersistem bagi mengukur perubahan tingkah laku.
Dijalankan dengan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan.
Tujuan
Pertama, untuk mendapatkan maklumat prestasi seseorang dalam pembelajarannya. Kedua, guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga guru dan murid dapat memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Pertama, untuk mengukur pembelajaran dan tahap pencapaian murid.
Kedua untuk mengukur keberkesanan pengajaran guru.
Ketiga, untuk memotivasikan murid.
Pertama, dapat menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai bagi murid.
Kedua, untuk memberikan maklumat pencapaian objektif. Ketiga, untuk mengetahui keberkesanan kurikukulum.
Perbandingan

Pentaksiran
Pengujian
Penilaian
Bentuk
Set ujian bertulis dengan markah bergred.
Pemerhatian, ujian bertulis, dan ujian lisan.
Jadual, dan gred.
Masa
Selepas sesi pembelajaran.
Selepas sesi pembelajaran.
Sebelum, semasa, dan selepas pembelajaran.
Proses pelaksanaan
Proses pengujian, mencatat dan merekod markah serta gred.
Persediaan ujian, pentadbiran, dan pemeriksaan.
Pengukuran, penganalisian, interpretasi, melapor, dan tindakan.

Tuesday, January 14, 2014

Futsal

Ini cerita malam tadi



First time ni dalam hidup nak main futsal. Memang x reti la kan. tapi bila member dah ajak, katanya jom la siang2 dah stress penat buat proposal Penyelidikan Tindakan (P.T), malam jom sekali ni kita main futsal.

Hmmm...betul jugak.. Apa salahnya.. nak kata reti, semua jenis x reti pon.. belasah je ..haha








Memang best rupenye futsal ni. Kitorang main je suka2 x kisah la kalah ke menang ke.. Hilang sume masalah stress, bila kat court. x ingat benda lain dah. Bayar bile share2 sorang rm3 je. Insya Allah pas ni kitorang nak main lagi.. Mungkin akan terus bermain.. hehehe

Tuesday, December 31, 2013

10 perkara yang aku buat semasa cuti semester kali ini

Assalamualaikum..
Hai hari ni dah 31 Disember 2013. Ini bermakna ada sehari je lagi kita akan masuk ke tahun baru dan juga sehari je lagi aku akan abes cuti semester. Yeahhh.. Alhamdulillah. Seronok, sebab aku akan berada dalam tahun akhir pengajian. Alhamdulillah.
Sepanjang cuti hampir sebulan setengah ni, apa yang aku dah buat?

Tidur?
Makan?
Atau terpacak je kat depan laptop or TV?

No.. no.. no..

Semestinya, aku x buang masa macam tu sahaja.

Pertama,

Kerja part time!

Di mana?
Di kiosk Cool Blog. Boleh la dapat sikit pendapatan sementara nak dapat elaun sem depan. Masa kerja aku hanya masuk belah petang sampai malam. Seminggu 4 atau 5 hari shj aku kerja. So tak ganggu pun aku nak buat kerja lain. Siap boleh jadi suri rumah lagi tolong mak di rumah. Alhamdulillah.



Dari kiri Shabi, aku, dan kak aisyah



Kedua,

Cat dan kemas bilik!

Yeah.. Alhamdulillah. Dah bertukar wajah. Dari kaler peach + white, dah bertukar kepada romance pink!. My favourite colour. Dengan kerjasama adik2 ku, kami sama2 cat sendiri dan gubah bilik comel kami. Boleh la puas hati dengan bajet dan kemampuan diri sendiri.








Ketiga,

Buat BBM dan senaraikan games!

Memandangkan dah 2 semester aku praktikum, apa yg aku dapat simpulkan pensyarah kerap kali tegur suruh aku buat permainan bahasa dlm pengajaran BM. Sedangkan aku tak lah rajin dan kreatif tuk fikirkan permainan bhs yg menarik dan sesuai. M.A.L.A.S dan penat.
Makanya aku amik pengajaran lampau, aku pun guna masa cuti ni sebaiknya. Aku cari idea dan senaraikan games yg aku boleh buat tuk praktikum akan datang.


Keempat,

Kemaskini file2 dan buku2 sem2 lepas!

Mana yg dah tak guna tuk 2 sem lg, aku bawa balik dan simpan kat rumah. Barang2 lain macam, baju, rak, pun aku hantar balik ke rumah. Tak lah byk sgt kalo nak berangkut bawa balik ke rumah kalo dah abes blaja or mana tahu tak dok umah sewa dah ke kan.





Kelima,

Baca buku!

Yang ni Alhamdulillah kesemua buku yang aku rancang dan bawa balik tuk baca time cuti ni, aku dapat baca. Tapi ada 2 buku yang tak sempat nak abeskan. Ok la tu,kan.




Keenam,

Fikirkan tajuk dan mula cari bahan utk Penyelidikan Tindakan (P.T)!

Seperti yang sedia maklum, tahun akhir kami kena buat kertas cadangan dan laporan Penyelidikan Tindakan. Dengar mcm susah dan rumit je. Tapi, aku percaya dengan berkat kesungguhan, dengan bimbingan dari pensyarah insya Allah pasti aku boleh buat. Kalau tak mcm mana senior2 lain boleh buat kan.





Ketujuh,

Pergi Perpustakaan Negara.

Yang ni tak dirancang pun pada mulanya. Mesti ramai terkejut, buat apa cuti2 ni pergi library. Kihkih. Aku terrrrr…pergi sebenarnya. Alang2 dah pergi, tengok2 kut ada bahan tuk buat pengenalan P.T, pastu pinjam 3 novel tuk dibaca. Yes, buku lagi!





Kelapan,

Kenduri pertunangan dan perkahwinan!

Yang ni aku pasti, ramai dpt jemputan sepanjang nov dan dis ni kan.. Aku pun sama. Mana yang dekat area KL dan Selangor, kwn2 skola dan kampus dulu, aku usahakan datang. Aku raikan diorang. Aku happy tgk kwn2 aku happy. Tahniah!!
Tapi ada juga yang x dpt nak join sbb masalah masa, jarak dan wang.. kuikui.. sorry..


Ni kenduri Fatin, kwn kelas masa sek men dulu. Skang die baru abes blaja dan bakal guru cam aku juga


Ni kenduri Lukhman, pun kawan kelas aku time sek men dulu. Sejuk mata tgk dia dgn zaujah


Ni majlis pertunangan Fatimah, kawan kelas aku masa sek men gak merangkap rakan sejawat pengawas sek.


Ada lagi majlis kahwin yang aku pergi tapi x sempat nak amek gambar. Majlis pertunangan kawan baik aku sendiri pun aku x dapat nak datang. Tapi aku datang dua hari lebih awal utk berjumpa dan meraikan dia.


Aku curik dari FB die..hikhik..


Bawah ni gambar classmate aku yang bertunang dengan classmate juga. Sweet tak??..Orang Utara dua2 nya. Aku x dapat nak datang, tapi dia wassup gambar dia. Insya Allah tahun depan diorang nikah.




Kesembilan,

Keluar dengan kawan sekolah!

Yang ni tak rancang sgt pun. Ada sorang schollmate ni yg baru abes blaja dan free. Dia la teman aku ke Shah Alam sbb aku ada urusan. Dengan tak tahu jalannya, nseb bek ada GPS. Pastu kitorang makan dan minum sama2. Berbual sepanjang hari, sepanjang perjalanan, sampai ke rumah dia. Berjam2 kitorang borak non stop! Seronok sgt, girl talk.


Kesepuluh,

Duduk rumah, abeskan masa dengan parent, adik2, dan kerja rumah!

Masa ni la nak terperap dok kat rumah pun. Ti dah mula kuliah lagi belum tahu lagi macam mana. Ada setahun je lagi kuliah. Pastu kut2 rezeki posting jauh2. Mana tahu kan. Masa ni la sama ada rajin atau malas, kena juga buat kerja rumah. Sapa lagi yang nak buat?. Kak Yonggggggggg gak.. hukhuk..













Alhamdulillah.. cuti kali ni tak dibazirkan masa dengan sia2. Walaupun byk abeskan masa tuk tidur, online, chit chat, movie, makan, dan sebagainya tapi aku tetap rancang dan susun aktiviti yang lain agar cuti pada kali ini bermakna dan terisi.

Bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana masih memanjangkan usiaku dan orang tua ku serta adik2 ku untuk terus menikmati kehidupan yang sementara ini.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Kau berikan.



Monday, November 4, 2013

Doa Akhir dan Awal Tahun


Doa akhir tahun : Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir Zulhijjah. Sesiapa membacanya syaitan berkata 

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .




Doa Awal Tahun : dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



 
Images by Freepik