Pages

Tuesday, June 1, 2010

IMAN

IMAN..
iman,. siapa kenal iman..
mesti ada antara kawan2 kita namanya iman, kan..
Iman yang saya nak maksudkan disini ialah mengenai iman yang berada dalam hati..

Tanpa iman, x mungkin kita akan berbuat kebaikan dan ibadah dengan ikhlas dan sukarela.
Iman ni boleh bertambah dan berkurang.
Semua orang tahu akn perkara itu,..
Tetapi ramaikah pula antara kita yang sedar, kita perlu berusaha untuk menambahkan keimanan dalam diri kita ini?.

Tanpa iman didada, kita pasti hanyut dalam kancah maksiat dan kebinasaan..
Selagi seseorang itu masih mempunyai rasa takut kpd Allah dlm hatinya,
maka dianya itu pasti masih ada iman didada..
Namun kalu rasa takut sahaja tidak mencukupi,..
Perlulah disusuli pula dengan amal ibadah.
Iman ini perlu dibaja, dan dijaga.
Jika tidak ia akan layu dan musnah juga.
 

Thursday, May 27, 2010

Berakhirnya exam...

Akhirnya abes gak exam bg sem ni,.. yuhuu.. Alhamdulillah..
so pasni hnya doa n tawakal je lah yg mampu dilakukan..

Selepas abes je exam, memang rse hepy sgt n seronok sgt2..
kikih,.. jom enjoy..

Tp x dpt blik umah trus sbb de kerja ckit,..
x pe2,.. dok sini  pun bes leh wat mcm2..

Besnyer cuti,..hehe..
Tp dlm mse yg sme gak x sbr2 nk buka sem bru..
bermakna sem akhir pra-pismp..n bermulalah
masuk ke ijazah plak..

hmm,.tp dlm mse cuti ni,..
Insya Allah aku x kan dok rehat sje..
Aku akan susun jadual,
agar ade gak la pkara berfaedah dan
bermanfaat ckit tuk dibuat masse cuti nie..

SELAMAT BERCUTI!

Monday, May 17, 2010

Ros dan Coklat

Aku hepy sgt rinie sbb dpt bunga ros dan coklat..
Terima kaseh sgt2 kpd sume pemberi terutamanya kwn2 aku, dila hani, ziemah n bibah.. love u all!!♥♥
Wat aku terharu jek..huhu..

Teringt mse zmn sek rendh dulu,.. mse drjh 5 rsenyer,.. de sorg dak laki ni bg aku bunga ros. Tp bunga plastik la ,..hehe,.. tulah first time aku trime bunga.. Tu zmn budak2 la,.. Tp pandai bdak tu amek ati aku,.. kikih..

                              ♥♥♥♥♥♥                                                                                                                                   








Friday, May 14, 2010

DIARY......?

Agak lame aku x menulis diblog ini.
Mungkin kekangan masa, dan tiada idea untuk aku kongsikan disini.
Jadi aku luangkan juga sedikit mse tuk new post yg petame bg mei 2010 ini. hehe..

Byk yg sudah berlaku dlm mse beberapa mggu ini,..
Dah x ingt sgt dah pun,.. sjak aku smbg blaja nie dh jarang buka diary,
dan sem ini aku lgsg x de diary, macam dah x berkesempatan tuk menulis diary..
Kalo tidak aku memng ade diary tiap tahun tuk aku
mencoretkan apa sje aktiviti dan pengalam yg sudah aku lalui dan 
juga tempat aku meluahkan rasa hati.
Aku amalkan penggunaan diary sejak darjah 4 lagi..
setelah bertahun2 bru thun ni kali ptame aku
x amalkan diary..
mse aku msuk U dulu pun ade gak r
sekali sekala tulis diary,
tp skng kat IPIK.....hee
mmm mungkin sem dpan or thun dpan ke aku menulis diary blik,..
tgk la cmner..

Bagi aku ada kebaikan dan keburukannya penulisan diary ni..
Kebaikannya antaranya ialah
aku dpt mencoretkan perkara yg telah berlaku,
boleh dijadikan rujukan dimasa akan dtg,
penting tuk penyemakan tarikh dan aktiviti yg dah dijalankan..

Selain itu, ia juga dpt dijadikan kenangan dimasa hadapan,..
Dan ia juga menjadi sejarah kisah hidup kita,
boleh dibaca dan diimbau kembali di mse lampau..
mungkin cucu cicit kita berminat nak tahu?..hehe..

tapi keburukannya adalah,
amat bahaya sekali dan menjadi masalah apabila
rahsia yang kita tuliskan dlm diary itu,
dibaca dan diselongkar oleh org lain..

Ole itu kena lah, letak dan simpan ditempat
yang selamat skit..

Selain itu juga,apabila kita menulis, meluahkan rasa hati kita,
perkara yang meyedihkan ke, 
menyakitkan ati ke,
akan membuatkan kita lagi mengingati masalah trsebut,..
bukankah dengan cara menulis itu, 
merupakan
salah satu cara untuk megingati fakta tersebut?..

Nak amalkan penulisan diary ni kena la rajin ckit,
luangkan mse ckit tuk menulis,.
Selalunya dulu2 aku tulis waktu mlm,.
Org slalu memng tulis time sblum tido,..
 Tp skng, kn de je kje nk wat sblum tido,..
kdg2 tetido cmtu jer,..
cmne nk tulis diary?..tu
hehe...


Cikgu Nida.. (gmbr hiasan je..)





Sunday, April 25, 2010

Salah ku?

Risau memikirkanya,..
Lepas satu, satu plak datang dlm kepala otak aku ni,

Betul ke aku dah wat salah,
Ya, mungkin betul,
tp kdg2 ia diluar kawalan aku,
ia berlaku tanpa disengajakan,

Ada plak yg aku cuba elakkan,
tp macam perkara itu terjadi jugak,
Jadi, macam mane ek,.

Kadg2 susah hati aku dibuatnyer,
ada yg aku cuba selesaikan,
tp seperti susah untuk diselesaikan,

Ada juga yg akhirnya dapat juga
diselesaikan masalah itu,
tapi mengambil masa,

Ada pula kesalahan,
yang mendapat teguran,
terima kasih kerana menegur,
malu rasanya,
tapi itulah yg sebaiknya,
itu tandanya mereka prihtin dan mengmbil berat psl kita.

Tapi ada juga hal,
yg aku rasakan bukan salah aku,
tp tetap dianggap pesalah,..
mengpa???

ya, aku memng xsempurna,
aku memng x baik sgt,
aku sedang belajar,
belajar untuk menjadi manusia yg baik,
belajar untuk perbaiki diri lagi,
belajar untuk memajukan diri lagi,
belajar menambah ilmu pengetahuan lagi,

Aku memng masih byk perlu diajar,
dan diberi sokongan, dorongan,
bantuan dll..

Harap bantulah saya,
bukan hanya bercakap2 blkng, atau
memandang serong kepada saya, dan
sebagainya..

Aku masih belajar dari semua segi,
baik dari akademik,
malah ilmu agama juga..

Pintaku pada semua,
fahamilah aku,
jgn melabelkan dan mentafsirkan aku itu dan begini,
tanpa
mendekatiku,
mengenaliku,
memahami keadaanku,
latar blkng ku,
dan sebagainya,..

TERIMA KASIH
kepada semua...



Sunday, April 18, 2010

3 kematian

Heri ini aku dikejutkan dengan 3 berita kematian..
Hari ini aku telah menelefon tok ku di kampung.
Bertanya khabar kerana sudah lama tidak pulang ke kampung.
Aku risau dengan keadaannya..
Aku nak sangat balik kampung,
tapi keadaan x mengizinkan..

Dalam perbualan itu, tok ku memberitahu bahawa
seorang jiran tetangga telah kembali ke Rahmatullah..
Aku terkedu...

Kemudian, pada tengah hari,
aku mendapat tahu pula
bahawa penyani Achik Spin pula telah
pergi bertemu Ilahi, 
arwah meninggal dunia disebabkan 
kemalangan jalan raya,..

Aku mengetahui mengenai kejadian tersebut
melalui rancangan Melodi.
Aku terkejut dan bagaikan
tak percaya..

Arwah masih muda dan baru mempunyai
seorang anak perempuan (yang hidup) yang masih kecil.
Isterinya juga masih muda dan cantik.

Aku turut simpati dengan keluarganya.
Selepas ini tidak kedengaran lagilah
alunan suaranya mendendangkan lagu
secara live,..
pasti peminatnya terasa dengan kehilangannya..

Kemudian selepas maghrib tadi,
aku dikejutkan pula dengan berita kematian
ayahanda classmateku mse sek men dahulu..

Aku pasti dia amat sedih..
lebih2 lagi, dialah satu2 nya 
anakanda kedua ibubapanya,..
pastilah dia rapat sekali dengan 
orang tuanya,..
apabila arwah ayahnya sudah tiada
pasti amat kehilangan,..

Aku juga turut tumpang sedih sekali,.
aku x dapat bayangkan 
bagaimana seandainya,
berlaku pada diriku sendiri,..
 
Maka hargailah keluarga kita
dan insan yang kita sayang,
sementara masih ada peluang dan
kudrat yang diberikan 
olah Allah,..

Bila aku fikir2 kan,..
kematian itu ada dimana2 sahaja,
dan berlaku pada sesiapa pun,
x kira tua atau muda,..
yang pasti, 
hanya Allah sahaja yang tahu bilakah 
nyawa kita dicabut 
oleh malaikat dan bertemu 
dengan Nya..

Aku menginsafi diri,
dan muhasabah diri,..
aku juga insan biasa
yang sentiasa membuat salah dan silap,..
mampukah aku tergolong dalam golongan
orang2 yg beriman?

Aku juga takut bila memikirkannya,..
aku hanya memohon kepada Allah
agar matikanlah aku dalam keadaan beriman
dan diredhai oleh Mu.

Berilah aku peluang untuk
terus memperbaiki diri
dan beribadah kepada Mu..
 
Masih banyak dosaku yg belum 
terhapus,
masih ada lagi hutang2 ku pada Mu
yang belum mu
yang belum kulunasi,.




Sunday, April 11, 2010

Kenangan lalu...

Di saat itu, aku berjalan bertemankan saudara ku,
Menyusun langkah satu persatu,
Mengejar masa yang tidak boleh diputar kembali..

Namun tidak jauh di hadapanku,
aku terpandang seseorang yang ku rasa amat kukenali,
Ku pasti itu dia,
Aku kenal dia,
Aku kenal cara langkahnya diatur,
Aku kenal caranya,
ya,..aku pasti.

Aku berasa gementar dan berdebar-debar sekali,
Aku risau akan kehadirannya di situ,
Aku tidak mahu dapat dilihat olehnya,
Aku malu,
dengan apa yg telah ku lakukan dahulu,
Aku gementar,
tidak tahu apa yanag harus,
dilakukan jika bersua dengannya.
aku bersalah padanya.

Di saat itu juga,
Kenangan lalu segera megimbau kembali,
Aku kini yakin dengan apa yang telah kulakukan dahulu,
Semuanya sudah berakhir,
ku tahu keptusan ku itu tepat,
Semuanya hanya menjadi kenangan,

Di waktu lain pula,
aku terjumpa teman yang ku kenal dahulu.
teman di zaman sek ren dahulu,
Ku tak sangka, 
akan berjumpa dengannya lagi,
Aku gembira dan teruja.

Kisah kami dulu manis sekali,
zaman budak2 yg ceria,
ku masih ingt pemberiannya dahulu,
Dia nampaknya makin berseri kini,
tidak comot seperti dahulu,.hehe

Pandangan ku kini,
masih terarah di hadapan,
walau mengingat peristiwa lampau,
aku tidak mahu menoleh lagi,
Aku mahu kejayaan sentiasa ada untuk ku.
Oleh itu,
ku yakin apa yg telah kulakukan,
ku harus atur lagkah seiring dengan 
impianku,..

Semua kisah lalu hanya jadi kenangan,
pedoman dan pengajaran,
kini ku perlu mulakan yg baru,
perlu asahkan kematangan,
agar langkah ku nanti tidak salah dan alpa....

 
Images by Freepik