Pages

Tuesday, December 18, 2012

Yang mana satu keputusan yg harus kubuat?

Apa yang harus aku lakukan?

Stay dgn housemates  yg bakal tggal bertiga je sebab lagi sorang tu nak pindah?

atau ulang alik je dari umah family yg ambil masa kira-kira hampir setengah jam untuk sampai kampus?

atau dok asrama tapi gate selalu kunci waktu kelas dan kdg2 ada aktiviti minggu wajib kena join dan ada rocall?

Yang mana lebih terbaik untuk aku yang bergelar pelajar dan ada lagi 4 semester dan mula berpraktikum sebulan, dua bulan dan kemudian 3 bulan pada semeseter2 berikutnya??!!

ada yang nak bagi pendapat??

Wednesday, November 7, 2012

Alhamdulillah perasaan mula berasa lega selepas menghubungi emak sebentar tadi.

Berbual-bual sekejap, tanya khabar, beritahu hari ni last paper nnti ptg, minta kebenaran nak kerja time cuti sem nnti, dan beritahu nak balik ptg ni juga atau esok pg.

Alhamdulillah. Jika tidak dari smlm perasaaan ni rasa mcm2. Sedih, risau, x tenang.. Mengapa? Mcm2 sbnrnya dlm fikiran ni.

Aku kena sedar, aku kena belajar menerima apa yg diberi oleh Allah dan kena hadapi semua ujian dari Nya.

Jangan terlalu memikirkan kekurangan diri dan masalah yg dihadapi. Kehidupan perlu diteruskan. Masa akan berlalu tanpa kita sedari.

Berdoalah kpd Allah agar dipermudahkan, dan dibuka dan dilembutkan hati oleh Nya.

Allah yg Berkuasa utk memberikan petunjuk, hidayah kpd seseorang itu. Kita sebagai hamba Nya perlu berusaha utk mendaptkan hidayah.

Tuesday, November 6, 2012

Perasaan yang bercampur baur

Kawan-kawan selalu nampak aku macam ceria, happy dan 'comel' kononnya. Tapi mungkin sebahagian lagi kawan-kawan yang perasan ada kalanya muka aku macam x ceria. Why? Kenapa?

Ya, mereka ada bertanya. Tapi jujurnya muka aku memang dari dulu nampak x ceria. Padahal x de pape pun. Dan sebab itulah agaknya kawan-kawan aku x dapat kesan bila masanya aku tengah bersedih dan bila masanya pula aku happy.

Macam sekarang ni, masa aku tengah menaip entry ni aku pun x tahu apa perasaan aku. Happy? Sedih? Kecewa? Ya, semua perasaan itu ada bercampur baur sampai aku macam nak ada sesuatu perubahan dalam kehidupan aku itu. Tapi aku x mampu. Aku x boleh.

Kalo kita rasa senang, ingatlah ada org lain yg lebih senang dari kita.

Bila kita rasa susah, pandanglah orang yang lebih susah agar kita lebih mensyukuri dan menghargai dengan apa yang kita ada.

Bila kita rasa kita banyak buat kerja untuk orang lain, anggaplah itu adalah satu ibadah dan cara utk kita menambahkan lagi pahala. Tapi kena lah ikhlas, jangan mengungkit dan mengeluh.

Bila rasa x dihormati, fikir balik adakah kita sudah cukup hormat pada orang lain terutamanya pada orang tua dan orang yang terdekat dengan kita.

Bila kita rasa terbeban, fikirlah akan orang lain yang lebih banyak bebanan dan tanggungjawab yang dipikul.

Bila kita rasa diri ni dah cukup baik, ingatlah sebaik-baik kita sebenarnya belum cukup sempurna lagi dan belum cukup amal ibadah lagi untuk ditimbangkan di alam sana.

Setiap orang ada kehidupan masing-masing yang telah diciptakan oleh Allah. Kitalah sebagai hamba Nya yang mencorakkan kehidupan kita sendiri. Sama ada mengekalkannya atau mahu mengubahnya dengan kemampuan yang ada.

Wednesday, October 31, 2012

Doa yang diminta

Sebagai manusia biasa, aku memang banyak keinginan, impian, harapan dan cita-cita yg ingin digapai. Tapi x semua itu aku dapat capai tanpa usaha, pengorbanan dan diiringi dengan doa. Allah merindukan doa2 dari hamba2 nya, maka kita sebagai hamba Nya yg kerdil selalu2 lah minta dariNya dan berdoalah kepada Nya.

Kadang2 Allah x terus makbulkan permintaan dan permohonan kita itu. Tapi Allah tunda dahulu dan beri pada masa yg sesuai. Allah mahu kita terus berdoa dan berharap pada Nya. Lambat atau cepat insya Allah, Allah akan makbulkan segala hajat kita itu. Tetapi jika apa yang kita hajati itu tidak dapat kita perolehi, insya Allah, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan sesuai dengan diri kita. Jadi terus2 kanlah berusaha dan berdoa kepada Allah.

Insya Allah, Allah memakbulkan doa2 kita dengan 3 cara, iaitu:
Allah akan memakbulkan doa kita dengan apa yg kita minta, atau Allah tidak memberikan sesuatu yang kita minta itu tetapi Allah memberikan sesuatu yg lebih baik dan sesuai dengan kita, dan Allah menangguhkan ia kerana kita akan mendapat yg terbaik dan sesuai dengan kehendakNya.

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepadaMu kabulkanlah segala permohonan dan hajatku. Berilah sesuatu yang kuinginkan itu. Kasihanilah hambaMu ini, ku mohon padaMu Ya Allah.. Kabulkanlah permintaanku itu. Amin Ya Rabbal A'lamin"

Monday, October 29, 2012

Kalimah Allah pada daging korban




Subhanallah.. Dalam kesibukan warga IPG IK sedang bertngkus lumus mengulangkaji pelajaran sebab exam dah pun bermula mulai hari ini. Aku dikejutkan dengan kejadian yg tidak disangka sangka. Housemate aku, Habibah bawa daging korban dari rumah dia. Hari ni turn dia memasak. Elok dia tengah potong daging tu kecil2, tengok2 ada kalimah Allah dalam daging tu. Aziemah pun bergegas panggil aku. Dan, Ya Allah besarnya KekuasaanMu. Ini kali pertama aku lihat kejadian ini depan mata aku. Sbelum ni selalu tengok kat buku2, internet je, kalimah Allah pada kucing, pokok, dan sebagainya. Tapi kali ni aku sendiri yang melihatnya. Masya Allah.. Segala puji-pujian hanya untukMu..



Friday, October 19, 2012

Monolog di hari terakhir

 Akhirnya hari ini dengan rasminya aku tidak lagi bersama-sama dalam organisasi tersebut. Hari ini merupakan hari terakhir aku berada dalam organisasi ini. Secara jujurnya jauh dalam hatiku, aku memang berasa sedih dan sayu ingin meninggalkan semuanya. Aku terbiasa bersama-sama dengan mereka, dalam gerak kerja dalam organisasi tersebut selama hampir  3 tahun.

Sahabat2 ku,!
Aku sangat sayangkan organisi ini, dan rakan2 seperjuangan semua. Aku sayang kamu semua kerana Allah! Kerana manisnya kasih sayang, ukhwah, kerjasama, usaha yang kita sama-sama laksanakan dan usahakan itu. Percayalah kita masuk dalam mana2 organisasi yang lain pun bukan mudah untuk kita nak dapat semua itu. Semuanya kita dapat dalam organisasi ini  kerana eratnya persahabatan kita, kerjasama kita semuanya pada satu matlamat dan satu tujuan yang sama. Dalam organisasi ini juga, banyak ilmu, pengetahuan, pengalaman yang aku dapat kutip selama hampir 3 tahun ini. Di sini la aku belajar semuanya untuk berorganisasi. Insya Allah semuanya dapat diaplikasikan apabila sudah bergelar guru kelak.

Sahabat2 ku!, adik2 ku!,
ketahuilah, amanah yg diberi bukanlah sebagai satu tiket utk kita bermegah megah atau utk menunjukkan kuasa. Tetapi ingatlah ia merupakan satu tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul. Ia memerlukan usaha, tanggungjawab dan keikhlasan dalam diri kita. Ia juga menuntut pengorbanan yang bukan sedikit dari kita. Tetapi ingatlah dalam surah Muhammad ayat 7 : 'Wahai orang yang beriman, Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu'.
Jadi jangan mudah mengeluh dan berputus asa jika kamu semua terjatuh dalam meneruskan perjuanganmu. Bangkitlah dan terus berusaha! 


Kepada sahabat2 dan adik2 yang masih kekal dalam organisasi dan yang baru dilantik, Tahniah! Anda semua hebat! Semoga dapat berjuang dan teguh dalam usaha ini. Kepada yang telah tiada atau bersara dari organisasi ini, terima kasih diatas semua pengorbanan dan usahamu dahulu. Semoga Allah yang dapat membalas semuanya. Ingatlah perjuangan kita tidak pernah selesai. Teruskan berjuang walaupun tidak lagi bersama dalam organisasi ini.

Sahabat2!, adik2ku!,
anda semua bagaikan keluarga saya. Saya sayang keluarga saya ini kerana Allah. Entah bila kita dapat bekerja lagi bersama-sama. Lebih2 lagi saya sudah tinggal di luar kolej kediaman. Pasti sudah makin jarang kita akan bertemu. Insya Allah saya akan cuba untuk selalu mengunjungi Ta'adib kecintaan kita. Disana kita boleh lagi bertemu dan berkongsi ilmu dan cerita.

Sesungguhnya lagi sekali saya ingin nyatakan bahawa saya sangat sayangkan anda semua dan  saya sangat sayangkan organisasi ini! Pasti kerinduan itu akan menjelma.Selamat berjuang dan berbakti kepada agama Allah , dan masyarakat IPIK. Jika boleh luaskan juga perjuangan di luar IPIK. Hiduplah secara berjemaah dan bergerak kerjalah dalam jemaah kerana apabila kita berada dalam jemaah, kita akan menjadi lebih kuat dan teguh berbanding berseorangan. "Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (An naml:88)

AllahuAkbar!




Friday, September 21, 2012

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

  Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

 Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan


Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina


Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Sahabat yg baik sudi menegur kesalahan kita

Kadang-kadang kita sebagai manusi biasa yang lemah lagi x berdaya dan hanya bergantung segalanya kepada Allah tidak perasan bahawa kita ada terlajak kata, terlajak perbuatan, dan terlajak emosi.
Bagus dan bersyukurlah apabila kita ada sahabat yang baik yang sudi menegur kesalahan kita dan berasa bimbang dengan kita. Janganlah jadi sahabat yang membiarkan kita terus hanyut tetapi jadilah sahabat yang boleh menarik dan menghindarkan kita daripada menambahkan lagi dosa dibahu.

Memang kadang-kadang kita berasa malu, segan, serba salah dan mungkin juga ada yang rasa mahu melenting, tapi hakikatnya kita kenala belajar utk menerima kritikan atau teguran dan berlapang dada serta belajarlah untuk sentiasa memperbaiki diri. Kerana sesungguhnya kita semua adalah manusia biasa dan bukannya maksum seperti Nabi Muhammad S.A.W . Tak kisah la apa pun jenis kesalahan dan perbuatan yang tidak baik kita lakukan, yang penting kita sedar, dan berusaha untuk menghindarinya dimasa akan datang.

Terima kasih sahabat2 yg sudi menegur dan mengambil kisah akan diri saya.
Kepada sahabat2 yang tidak kisah dengan diri saya, x apa lah. Allah ada untuk saya, moga Dia sentiasa memberi petunjuk kepada saya dan mengurniakan sifat sabar dan istiqamah agar saya tetap cuba dan usaha untuk memperbaiki diri dari segi lidah, perbuatan, dan hati.

Thursday, September 13, 2012

Pengenalan dan definisi Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku


Pengenalan:
          Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.
          Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam  latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.
          Pembelajaran serta potensi pelajardapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.
Definisi:
          Lemlech (1988): 
Ø  Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
Ø  Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

          Hall (2000):
Ø  Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
Ø  Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
Ø  Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

·         Levin dan Nolan (2004):
Ø  Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri


Monday, September 10, 2012

Tugasan kerja kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku


Konsep Pengurusan Disiplin Bilik Darjah.

            Setiap insan yang bergelar guru perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Pengurusan bilik darjah yang baik adalah penting bagi memastikan bilik darjah menjadi terurus dan guru serta murid dapat berada dalam bilik darjah dengan suasana yang selesa dan kondusif untuk seisi pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian akademik yang tinggi juga bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang berkesan. Pengurusan bilik darjah merupakan faktor yang penting yang dapat mempengaruhi tingkah laku, sikap, motivasi, dan pembelajaran murid dalam bilik darjah. Menurut laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981 dalam Akhiar Pardi, 2012 sebanyak 36 % guru di Amerika Syarikat mengatakan bahawa mereka tidak akan ingin menjadi guru jika mereka mengetahui akan masalah yang akan mereka hadapi dalam pengurusan bilik darjah. Ini adalah kerana pengurusan bilik darjah bukanlah suatu perkara yang mudah yang perlu dihadapi oleh para guru.
            Menurut Richard (1990 dalam Haliza Hamzah, 2009) pengurusan bilik darjah merupakan organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Burden (2003 dalam Abdullah Sani Yahya, 2007) disiplin dalam bilik darjah mencakupi iklim akademik di bilik darjah dan amalan pengajaran yang berkesan kerana disiplin yang baik mampu menyekat pelajar daripada melakukan kelakuan yang tidak wajar. Ini bermakna bahawa, kawalan oleh guru terhadap murid dari segi disiplin dan sikap mereka semasa pembelajaran berlangsung adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid berlangsung dengan baik. Guru mempunyai peranan untuk menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam bilik darjah sebagai seorang pengurus.
            Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu untuk mencapai matlamat yang diingini seperti murid menunjukkan tingkah laku yang baik, membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa, menjalinkan hubungan yang baik antara guru dan murid, menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaik mungkin, mengurangkan masalah disiplin murid, dan sebagainya. Biasanya guru akan menetapkan peraturan dalam bilik darjah diawal tahun seisi persekolahan. Menurut Gootman (2008 dalam Akhiar Pardi, 2012) peraturan menyediakan panduan arah tuju yang konkrit yang membolehkan jangkaan akan menjadi kenyataan. Peraturan yang telah ditetapkan perlulah konsisten agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Kaedah ini disebut sebagai pendekatan tradisional yang melibatkan pengubahsuaian tingkah laku. Ianya merujuk kepada tindakan yang akan diambil terhadap murid yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
            Pada masa kini, pendekatan holistik lebih dititikberatkan dan diguna pakai oleh para guru dalam pengurusan bilik darjah. Pendekatan ini lebih kearah pencegahan salah laku dan tindakan guru yang menyumbang kepada salah laku murid. Guru akan mencuba untuk memberikan bimbingan kepada murid ke arah mencapai kejayaan dengan membantu mereka melihat bagaimana usaha yang dilakukan akan menampakkan hasilnya. Antara faktor utama bagi kejayaan sesuatu pengurusan bilik darjah ialah perancangan yang rapi oleh guru dan guru perlulah mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan tersebut serta membuat refleksi akan kelemahan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
            Antara peranan guru dalam pengurusan bilik darjah ialah yang pertama guru haruslah memahami murid-muridnya dengan cara mendapatkan maklumat dan data murid-muridnya. Dalam diri setiap murid, mereka merupakan individu yang berlainan yang mempunyai latar belakang, minat, kebolehan, pengalaman, budaya, dan pengetahuan sedia ada yang berbeza. Maka adalah penting bagi seseorang guru untuk mengenali dan memahami diri murid-muridnya itu agar dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Dengan itu guru akan dapat merancang pengajaran dalam mencari strategi yang sesuai dan terbaik untuk digunakan dalam pengajaran bilik darjah. Guru boleh mendapatkan maklumat murid dengan cara berbual secara langsung dengan murid-murid dan mendapatkan rekod murid daripada ibu bapa dan gurunya yang terdahulu. Guru perlu mengetahui akan minat, sikap, dan keupayaan murid dalam pelajarann supaya guru dapat memenuhi keperluan murid.
            Yang kedua guru perlu menyusun atur dan merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian yang kondusif. Guru boleh bekerjasama dengan murid-murid bagi mengambil bahagian dalam menyusun aturkan fasiliti bilik darjah dan persekitaran yang baik. Semua perabut perlulah mencukupi dan dalam keadaaan yang baik serta boleh digunakan. Papan kenyataan perlulah diletakkan di tempat yang bersesuaian dan hasil kerja murid dipamerkan dan makluman penting kepada murid-murid. Selain itu, guru juga hendaklah menerangkan dan menjelaskan akan penggunaan alat pengukuran dan penilaian pembelajaran seperti latihan, ujian, laporan projek, folio dan sebagainya bagi membentuk persekitaran dan rutin bilik darjah yang baik.
            Guru juga perlu mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibubapa atau penjaga murid-murid bagi membuka peluang kepada ibu bapa untuk terlibat dengan aktiviti dan pengalaman pembelajaran murid. Ianya juga dapat membantu guru mengawal tingkah laku murid dan membantu murid dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran. Guru juga boleh meningkatkan prestasi pengajaran dan pengurusan dengan cara melakukan refleksi dan kajian tindakan dan mengambil kira tentang apa yang baru diketahui dan yakin dengan amalan pengajaran harian yang dilaksanakan. Model 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam, dan sentiasa amal boleh dipalikasikan oleh guru dengan kerjasama dengan murid-murid dalam pengurusan bilik darjah. Sisih itu merujuk kepada menyisih dan membuang bahan lama yang sudah rosak, susun itu ialah menyusun dan mengatur perabut, bahan belajar dengan kemas, sapu ialah membersihkan bilik darjah dengan rapi, seragam ialah pelihara keceriaan bilik darjah, dan sentiasa amal pula merujuk kepada amalan yang berterusan dengan pemantauan.
            Guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah merupakan guru yang dapat mengurus bilik darjah dengan berkesan, membentuk suasana bilik darjah yang mampu mepengaruhi murid-murid untuk belajar, dan dapat menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran dengan efisien. Seorang guru yang efektif juga mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai sifat empati dan keupayaan untuk mengamati murid di dalam bilik darjah untuk mengesan ketidakselesaan murid-muridnya untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan. Guru juga perlu peka dan menunjukkan fleksibiliti untuk membuat respon terhadap keperluan murid. Guru juga haruslah mempunyai kualiti peribadi dan penghayatan amalan nilai murni yang baik yang bersesuaian dengan profesion keguruannya.


Laporan masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah.

Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 5 hingga 9 Mac 2012 di Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri (SKDB) Cheras, Selangor Darul Ehsan. Saya perlu melakukan pemerhatian dan temubual dengan guru untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya telah berpeluang untuk memerhati beberapa buah kelas tahap satu dan dua semasa saya menjalani PBS di SKDB. Namun begitu, tidak banyak yang dapat saya perhatikan kerana sepanjang minggu saya berada di SKDB itu, murid-muridnya sedang menjalani ujian penggal dan hanya tahap satu yang berakhir pada hari khamis iaitu pada 8 Mac 2012.
Ketika saya menjaga kelas tahun 1 Gigih menjalani ujian penggal mata pelajaran matematik, keadaan mula menjadi bising apabila ramai murid yang sudah berjaya menyiapkan soalan ujian yang diberikan. Situasi begitu agak mengganggu murid-murid lain yang masih belum menyudahkan jawapan mereka. Saya berusaha untuk meminta mereka diam dan duduk di tempat masing-masing tetapi ternyata gagal. Masalah disiplin bagi kelas 1 Gigih tersebut ialah tingkah laku disruptif iaitu perlakuan yang mengganggu, mengacau dan mengendalakan aktiviti dalam bilik darjah. Sehinggalah saya terpaksa menggunakan bahan seperti bulu ayam dan mengetuk pada meja sambil memarahi mereka untuk diam dan duduk di tempat masing-masing. Saya juga terpaksa untuk memberikan peneguhan negatif kepada mereka dengan tidak membenarkan mereka rehat jika mereka tidak patuh pada arahan saya.
Kemudian saya juga berpeluang untuk menjaga kelas tahun 5 Damai untuk menjalani ujian penggal mata pelajaran sains. Sementara menunggu masa untuk menjalani ujian, saya memberi mereka masa untuk mengulangkaji pelajaran dan membaca buku serta berbincang dengan rakan-rakan jika perlu. Namun, saya dapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang melakukan kesalahan tingkah laku dan disiplin di bawah pengawasan saya. Terdapat murid yang berkumpul dan berbual-bual sehingga menggangu ketenteraman kelas, mengusik kawan, berkejar-kejaran hingga ke luar kelas serta mengganggu rakan yang sedang membaca buku. Mereka semua saya dapati mempunyai tingkah laku disruptif juga seperti kelas tahun 1 Gigih tadi. Walaubagaimana pun, mereka lebih mudah ditegur dan dimarahi kerana mereka sudah berada dalam tahun 5 dan lebih memahami dan menghormati saya sebagai seorang guru berbanding murid tahun 1 yang lebih gemar bermain dan mengejar keseronokan di dalam kelas dan juga bersikap manja.
Pada hari terakhir saya menjalani PBS di SKDB, tahun 1 sudah tamat menjalani ujian penggal dan memulakan pengajaran dan pembelajaran kelas seperti biasa. Pada hari tersebut saya berpeluang untuk melakukan pemerhatian terhadap kelas tahun 1 Kasih semasa kelas Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris berlangsung. Selain itu, saya juga berpeluang untuk menemuramah Puan Tuty Rafna sebagai guru Pendidikan Jasmani dan guru kelas tahun 1 Kasih dan juga melakukan sedikit temubual terhadap Puan Siti Nur Hazwani bt Hamzah sebagai guru bahasa inggeris mereka.
Semasa kelas Pendidikan Jasmani berlangsung di padang, saya mendapati bahawa suasana kelas adalah terkawal dibawah bimbingan dan pengawasan Puan Tuty Rafna. Namun saya juga mendapati bahawa terdapat dua orang murid yang tidak memakai pakaian sukan dan diarahkan untuk duduk di tepi padang dan memerhatikan rakan-rakan mereka melakukan aktiviti pendidikan jasmani. Masalah disiplin tersebut juga dikenali sebagai masalah disiplin bersifat disruptif. Semasa melakukan aktiviti di padang, saya mendapati bahawa semua murid tahun 1 Kasih dapat mematuhi arahan dan peraturan guru mereka. Ini kerana aktiviti yang mereka jalani merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan tidak memerlukan mereka menggunakan otak untuk berfikir seperti mata pelajaran yang lain. Menurut Puan Tuty Rafna sebagai guru kelas tahun 1 Kasih, semasa di dalam kelas biasanya murid-murid mempunyai beberapa tingkah laku bermasalah seperti kurang memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar di hadapan kelas. Mereka tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dan asyik berbual-bual dengan rakan di sebelahnya. Selain itu, terdapat juga murid yang gemar bermain-main dan mengganggu rakan semasa di dalam kelas.
Kemudian semasa saya melakukan pemerhatian terhadap kelas tahun 1 Kasih semasa mata pelajaran bahasa inggeris di bawah pengelolaan Puan Siti Nur Hazwani bt Hamzah, saya mendapati bahawa terdapat murid yang mengacau dan mengganggu rakan sekelas dan berjalan ke tempat duduk rakannya. Namun begitu, kelas masih dapat dijalankan dengan baik kerana guru mereka memberikan aktiviti yang menyeronokkan iaitu seni bahasa (language arts). Maka suasana kelas adalah dalam keadaan yang terkawal dan tidak bising. Tetapi menurut Puan Siti Nur Hazwani bt Hamzah, semasa seisi pengajaran dan pembelajaran yang biasa dijalankan bersama murid-murid tersebut terdapat beberapa masalah tingkah laku yang timbul dalam bilik darjah tersebut. Antara masalah tingkah laku tersebut ialah terdapat murid yang suka mengganggu rakan sekelas mereka dan membuat bising, tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru, bersikap hiperaktif yang tidak selesa berada di tempat sendiri dan gemar bergerak dan berjalan-jalan di dalam bilik darjah.
Masalah-masalah tingkah laku tersebut mungkin berpunca daripada beberapa sebab. Menurut Myer (2004 dalam Akhiar Pardi, 2012) salah laku boleh terjadi apabila murid merasakan diri mereka baik atau sebaliknya, ketika berasa tidak sihat, letih, menghadapi tugasan yang mencabar, gelisah, gugup, sedih, kecewa atau ketika menghadapi masalah yang serius. Antara sebab berlakunya salah laku bermasalah dalam bilik darjah ialah murid ingin mendapatkan perhatian daripada guru dan rakan-rakannya. Murid sebegini mungkin mempunyai masalah kekurangan kasih sayang dan perhatian di rumah, maka mereka datang ke sekolah dengan melakukan masalah tingkah laku seperti berbuat bising dan bercakap dengan kuat dengan harapan untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri mereka. Selain itu, murid yang gemar bercakap dengan kuat dan berbuat bising itu mungkin mempunyai amalan dan budaya sebegitu sejak di rumah lagi dan mereka tidak mengetahui bahawa tingkah laku mereka itu adalah salah dan boleh mengganggu  orang lain dalam bilik darjah.
Antara sebab murid gemar mengganggu dan mengacau rakan mereka semasa di dalam bilik darjah ialah, mereka mempunyai sikap yang mudah bosan dan ingin menunjukkan kekuasaannya. Murid ini akan mengganggu rakan mereka tanpa tujuan yang munasabah dan mereka berasa seronok kerana dapat mengganggu rakan mereka dan terlepas dari hukuman jika guru tidak mengambil sebarang tindakan. Teknik pengajaran guru yang tidak bervariasi dan membosankan boleh menyebabkan murid bertindak sedemikian kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan tidak menyeronokkan.


Cadangan Mengatasi 1 Masalah Disiplin Dengan Menggunakan 2 Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah.

            Guru perlu mengetahui cara dan kaedah yang perlu dilakukan untuk mengurus masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Guru boleh meletakkan suatu peraturan dikenakan pada murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Guru perlu tahu bagaimana untuk mengawal murid dalam bilik darjah agar pengurusan bilik darjah akan berlaku dengan baik. Oleh itu, terdapat beberapa model pengurusan disiplin yang boleh diaplikasikan oleh guru semasa mengurus disiplin murid dalam bilik darjah. Bagi cadangan saya untuk mengatasi masalah disiplin yang timbul dalam pemerhatian dan perbincangan saya dengan guru-guru terhadap murid-murid di SKDB tersebut, saya telah memilih dua model pengurusan disiplin bilik darjah iaitu Model Disiplin Asertif Canter dan Model Pengurusan Kelompok Kounin.
Model Disiplin Asertif Canter telah dibentuk oleh Lee dan Marlene Canter. Mereka telah melakukan pemerhatian ke atas guru-guru di dalam bilik darjah dan mereka memasukkan tindakan guru-guru tersebut dalam model yang dibentuk oleh mereka. Model ini mengenai hak guru dan murid yang perlu diberikan antara satu sama lain iaitu guru mempunyai hak untuk mengajar dalam keadaan baik, tenang, selesa, dan tanpa gangguan dan juga murid-murid mempunyai hak untuk belajar dalam suasana yang tenang dan teratur. Model ini menggunakan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Guru berhak menetapkan peraturan dalam bilik darjah dan murid harus mematuhinya.
Antara cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah disiplin yang berlaku dengan menggunakan moel pengurusan disiplin bilik darjah ini ialah dengan menggunakan Hierarki Tindakan Pembetulan Canter. Canter menasihatkan guru agar membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan beserta dengan tindakan pembetulan dan akibat yang akan dilakukan terhadap murid tersebut. Pada kali pertama jika terdapat murid yang gemar mengganggu dan mengacau rakannya semasa seisi pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti yang berlaku pada murid-murid Puan Tuty Rafna dan Puan Siti Nur Hazwani, guru perlu menegur dan mengatakan kepada murid tersebut bahawa ‘peraturan kelas kita ialah jangan ganggu rakan. Ini adalah amaran daripada saya.’ Kemudian jika masih lagi berlaku untuk kali yang kedua dan ketiga, guru perlu menegurnya lagi dengan mengatakan ‘peraturan kelas kita ialah jangan ganggu rakan! Awak telah memilih untuk time out 5 minit di belakang kelas.’ Time out itu merupakan ‘masa untuk bertenang’ yang diberikan oleh guru kepada seseorang murid yang dalam keadaan tidak selesa dan tidak tenang. Pada kali keempat jika murid tersebut masih mengganggu rakannya, guru perlu mengatakn kepada murid tersebut ‘awak tahu akan peraturan kelas kita jika mengganggu rakan lain. Awak telah memilih untuk menelefon ibu awak’. Kemudian guru harus menelefon ibu kepada murid tersebut untuk memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya dan adalah lebih berkesan lagi jika guru mengarahkan murid tersebut untuk menelefon dan memberitahu sendiri kepada ibunya akan kesalahan disiplin yang telah dilakukan oleh dirinya itu. Tetapi, jika murid tersebut masih melakukan kesalahan yang sama, guru hendaklah mengatakan ‘peraturan kelas kita ialah jangan mengganggu rakan. Awak telah memilih untuk berjumpa dengan guru besar.’ Kemudian jika murid tersebut masih mengulangi kesalahannya itu, guru harus memberitahu kepada murid tersebut bahawa guru akan membawa murid itu terus berjumpa dengan guru besar pada masa dan ketika itu juga. Untuk menjayakan hierarki disiplin ini, guru perlu menyimpan rekod kesalahan yang dilakukan oleh murid dengan menggunakan senarai nama murid.
Bagi mendapatkan pengurusan disiplin yang berkesan, guru perlu menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid-murid sebanyak tujuh langkah. Yang pertama guru perlu menerangkan kepada murid akan tujuan peraturan-peraturan yang ditetapkan itu dilaksanakan, kemudian guru perlu menerangkan kepada murid bagaimana caranya peraturan itu dilaksanakan, yang ketiga guru hendaklah menyemak sama ada murid-murid telah faham atau tidak akan peraturan-peraturan tersebut dan murid yang patuh akan peraturan yang ditetapkan akan menerima ganjaran yang sewajarnya, yang kelima murid perlu diterangkan oleh guru sebab akan tindakan pembetulan dikenakan kepada murid yang melanggar peraturan yang ditetapkan, yang keenam guru perlu menerangkan tentang tindakan pembetulan yang akan dikenakan kepada murid, dan yang terakhir guru harus semak semula akan kefahaman murid-murid.
Salah satu jenis guru yang baik ialah guru yang asertif iaitu guru yang sentiasa jelas, yakin, dan mengatakan jangkaan dan arahannya dengan konsisten dan juga tegas terhadap peraturan yang ditetapkan. Guru jenis ini tahu  akan apa yang diingini oleh murid-muridnya dan mengatakan dengan jelas akan tingkah laku yang diigini terhadap murid-muridnya. Guru perlu membantu murid-murid untuk memahami akan bentuk-bentuk tingkah laku yang membawa kejayaan dan kegagalan. Dari awal persekolahan lagi, guru harus mengatakan segala jangkaan dan harapan kepada muridnya. Guru hendaklah meminta dengan tegas kepada murid-murid untuk mematuhi jangkaan-jangkaan tersebut. Murid akan dikenakan balasan atau akibat yang bersesuaian dengan tingkah laku yang tidak sepatutnya dilakukannya di dalam kelas. Contoh ayat yang tegas oleh guru terhadap muridnya ialah, ‘saya tidak mahu bertekak dengan kamu. Kamu duduk dulu sehingga dapat bertenang.’ Selain itu, kaedah ganjaran juga amat baik dilakukan kepada murid-murid di dalam bilik darjah. Apabila murid dapat mengikuti peraturan yang ditetapkan dengan baik, guru harus memberikan perhatian kepada murid dengan memberikan sedikit penghargaan, pujian, senyuman, memberikan sijil penghargaan, memberikan hadiah seperti pensel warna, dan juga memaklumkan kepada ibu bapa akan sikap positif anak mereka. Teknik rakaman rosak juga boleh diaplikasikan oleh guru untuk menangani masalah murid yang gemar mengganggu rakan dan membuat bising serta bersikap hiperaktif. Teknik rakaman rosak itu ialah arahan yang diberikan oleh guru ialah secara berulang-ulang sehingga murid mematuhi akan arahan dan peraturan tersebut. Guru hendaklah menggunakan intonasi suara yang tegas dan kontak mata perlulah dikekalkan kepada murid tersebut. Selain itu sikap guru yang tekal dan konsisten apabila melaksanakan arahan tersebut adalah perlu bagi menjayakan teknik rakaman rosak tersebut. Jika murid masih melakukan salah laku, guru hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa murid tentang bagaimana tingkah laku murid tersebut telah mengganggu pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid yang lain.
Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang kedua pilihan saya ialah Model Pengurusan Kelompok Kounin. Model ini menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan oleh guru terhadap aktiviti-aktiviti murid-muridnya dalam bilik darjah. Model ini berkaitan dengan kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan murid-muridnya dalam bilik darjah pada setiap masa. Ia dikenali sebagai withitness oleh Kounin. Guru perlu mengawasi secara keseluruhan bilik darjah dan berinteraksi dengan semua murid agar kawalan bilik darjah akan tercapai. Kemudian, guru juga boleh menggunakan teknik overlapping iaitu satu kemahiran guru dalam mengawal bilik darjah dengan menangani lebih daripada satu situasi. Contohnya jika dalam bilik darjah terdapat murid yang gemar bercakap dan mengganggu rakan disebelahnya dan ketika itu guru sedang mengajar, guru boleh terus meminta seorang murid yang lain membacakan petikan yang diberikan dan dalam masa yang sama guru terbabit meminta murid yang berbuat bising itu agar menghentikan salah lakunya itu. Selain itu, terdapat juga satu kaedah lain yang dicadangkan oleh Kounin kepada para guru dalam mengawal dan mengawasi bilik darjah iaitu Ripple Effect atau dikenali juga sebagai Kesan Gelombang. Kesan Gelombang itu berlaku apabila guru memberikan teguran dan tindakan terhadap seseorang murid yang sedang melakukan kesalahan disiplin dan tingkah laku tetapi ia juga memberi kesan kepada murid-murid lain yang turut berada dalam bilik darjah tersebut. Namun begitu, jika guru mahu menggunakan Kesan Gelombang ini Kounin mengatakan bahawa seseorang guru itu hendaklah bersikap jelas, tegas, dan serius semasa memberikan teguran dan melakukan tindakan tersebut.
Arahan guru perlulah jelas dan tidak bersifat umum. Bagi menangani masalah murid yang hiperaktif yang gemar berjalan-jalan ke tempat duduk rakannya guru boleh memberikan teguran seperti contoh, ‘Ahmad, duduk di tempat kamu atau saya akan tarik balik 1 token bintang kamu.’ Jika murid tidak mendengar arahan dan teguran guru, guru perlu melaksanakan akibat yang dinyatakan kerana ia adalah perlu bagi menunjukkan kepada semua murid bahawa guru bersikap serius dalam menguruskan disiplin bilik darjah. Semasa guru hendak mengeluarkan arahan, guru perlu memberikan mimik muka, nada dan ton suara yang serius, tegas, dan keras agar tindakan disiplin dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Guru hendaklah memilih masa yang sesuai untuk memberikan teguran dengan jelas, tegas, dan serius terhadap murid yang melakukan salah laku tersebut. Guru tidak sepatutnya melengah-lengahkan teguran terhadap murid tersebut kerana sebaiknya teguran itu diberikan pada ketika murid sedang melakukan salah laku. Adalah penting bagi seseorang guru untuk mengawasi bilik darjah setiap masa kerana dengan itu guru akan dapat mengenalpasti akan masalah dan punca berlakunya masalah disiplin yang akan berlaku.
Bagi memastikan seisi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik dan lancar, guru harus bijak menguruskan pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Guru tidak sepatutnya memberikan penerangan yang meleret-leret dan mengulang-ulang perkara yang tidak perlu sehingga terkeluar daripada objektif pengajaran pada hari tersebut dan menyebabkan murid tidak memahami isi pelajaran yang diterangkan oleh guru. Oleh itu, guru harus mengetahui cara untuk menarik perhatian murid-muridnya di dalam bilik darjah agar guru dapat mengawal mereka dengan baik. Antara caranya ialah, guru perlu memastikan murid-muridnya sentiasa mempunyai tugasan dan hendaklah melibatkan mereka dalam aktiviti bilik darjah. Contohnya bagi menarik perhatian murid yang gemar bercakap dan berjalan di dalam kelas, Puan Tuty Rafna dan Puan Siti Nur Hazwani bt Hamzah perlu melibatkan murid-muridnya dalam aktiviti kelas seperti membacakan petikan yang diberikan, melukis bersama-sama dalam kumpulan yang diberi, dan menolong guru melekatkan gambar pada carta aliran. Kemudian guru juga boleh memanggil murid untuk memberikan maklum balas, menjawab soalan, dan membuat penerangan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.
Kounin juga mengatakan bahawa sesuatu pengajaran itu perlulah mengambil kira akan aspek minat, kebolehan, dan perkembangan murid agar murid tidak mudah berasa bosan dengan pengajaran guru yang tidak bervariasi. Pengajaran guru yang membosankan boleh menyebabkan murid melakukan masalah tingkah laku dalam bilik darjah. Semasa dalam pemerhatian saya, Puan Siti Nur Hazwani telah memberikan aktivit melukis sebagai aktiviti seni bahasa dalam kelas bahasa inggerisnya. Dengan itu, sedikit sebanyak saya dapati bahawa beliau berjaya mengawal murid-muridnya daripada melakukan salah laku disiplin dengan lebih banyak. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai minat untuk melukis dan mewarna.
Bagi mengurangkan masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah, guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menyibukkan diri murid dengan melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran yang menarik. Semasa guru memberikan aktiviti secara berkelompok, guru harus memendekkan penerangan yang diberikan oleh guru kepada murid agar masa yang ada dapat digunakan oleh murid untuk berkolaborasi dan menambahkan ilmu pengetahuan. Namun begitu, guru hendaklah memastikan agar aktiviti tersebut tidak menggunakan masa yang terlalu lama bagi mengelakkan murid-murid berasa bosan dan dengan itu akan timbul masalah salah laku dalam bilik darjah seperti bising dan menggganggu rakan serta berjalan-jalan ke tempat duduk rakannya.
Model Pengurusan Kelompok Kounin ini mengutamakan keupayaan guru untuk mengurus kumpulan dan mengurus pelajaran dalam bilik darjah. Dengan menggunakan model jenis ini, guru berkemampuan untuk mengendalikan lebih daripada satu isu dan keadaan dalam satu-satu masa, kelancaran aktiviti dapat berlaku dengan baik, mengekalkan fokus murid dan mengpelbagaikan teknik pengajaran.

Kesimpulan.

Keupayaan guru untuk mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang penting dan perlu bagi menjamin keselesaan dan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira akan ciri fizikal yang baik, faktor emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan.
Guru perlulah mengenal pasti akan masalah dan punca berlakunya masalah tingkah laku yang timbul agar dapat ditangani dengan segera. Peraturan yang jelas, ringkas, dan penting perlulah dilaksanakan oleh guru agar bilik darjah berada dalam keadaan yang terkawal.
Terdapat beberapa Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang boleh digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Guru perlulah melakukan sesuatu dan mengambil tindakan terhadap salah laku murid agar tidak mengganggu seisi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.
 
Rujukan.

Abdullah Sani Yahya. (2007). Guru sebagai Pemimpin. Selangor: PTS Professional.
Akhiar Pardi. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Edmund T. Emmer. (1997). Classroom Management For Secondary Teachers. United States: Viacom Company.
Haliza Hamzah. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wednesday, August 8, 2012

On this time

Jangan pernah salahkan sesiapa jika anda ada berbuat salah
disebabkan atas kesalahan diri sendiri.
Jika anda cukup berhati-hati dan pandai mengelolakannya,
Insya Allah anda boleh buat.

Jangan jadikan kesibukan kerja2 persatuan,
sebagai alasan untuk kita tidak meguruskan diri dengan baik,
jangan biarkan anda tidak terurus,
jaga kebersihan dan kekemasan diri, dan tempat tinggal selalu.
Maaf, saya x bleh trima jika anda jadikan kesibukan kerja2 persatuan itu
sebagai satu alasan untuk diri dan bilik tidak terurus!

 
Jangan pernah salahkan persatuan agama,
jika anda dilimpahi dengan banyak kerja2 persatuan, kerja2 assignment,
homework, dan sebagainya
Jika anda bijak membahagikan masa,
dan
mencuri masa untuk membuat kerja,
Insya Allah anda boleh buat.
Percayalah
Allah akan tolong kita
bila kita tolong agama Allah.
Tapi,
kita pun kena la berusaha,
jangan dok diam saja!

Tapi,
jika minggu itu
betul2 banyak kerja dan sibuk,
dan bukanlah masa yang sesuai untuk keluar
jalan2 dengan kawan2 semua,
kawan2 kena la faham,
Insya Allah mungkin minggu lain ada masa untuk kalian semua..

Banyak lagi perkara lain yang lebih penting dan perlu didahulukan..
:)

pErjalaNan hiUdup Untuk Hari Ni

Hari ni ada perhimpunan bulanan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam dan Moral (JAPIM).
Alhamdulillah, dah berakhir dengan baik, walaupun ada sedikit kesilapan kecil yg berlaku sepanjang majlis itu berlangsung.

Pastu dapat la aku masuk kelas sekejap, lau x sebelum tu dari pagi memang aku x ke kelas sebab pergi ke dewan untuk urusan persiapan perhimpunan tersebut.

Pas abes kelas,aku pun balek ke rumah sewa. Pastu keluar kejap beli bahan masak untuk berbuka hari ni. Hari ni turn aku masak. Aku nak wat iftar kecil2 la pnggil kawan2 terdekat jiran bilik time kat asrama dulu. Cadangnya nak masak nasi briyani dgn ayam masak merah dan kuih sagu. Ok, ni first time nak buat nasi briyani dan kuih sagu, aku x penah wat sebelum ni. Langkah pertama, aku kol and mesej mak aku dulu. Tanya macam mana nak wat, kang lain lak jadinya. 

Petang tadi pas masuk waktu asar, aku pun mula la masak ikut panduan yang mak aku bagi. Dan Alhamdulillah, jadik!! .. Risau juga lau x sedap, maklumlah baru nak try pastu pggil org dtg lak tu. Tapi sory la kpd kawan2 kelas dan yang lain sbb x jemput. Bukan x nak, niat tu ada, tp x larat la nak pggil ramai2..  sikit2 la ikut turn ye.. hehe.. lau x sempat bulan ramadhan nie, bulan syawal pun ada kan..

Pastu balek dari menghantar diorg ke maktab, aku kena lak tahan dengan polis sbb lalu jalan yg satu hala. Sebelum ni aku lalu,ok je.. Jalan situ pun besar, memng byk kete moto yg lain lalu. Pastu ada je anak panah kat selekoh jalan tu. So mengelirukan sebenarnya bleh lalu ke x. Citernya lak, aku x bawa lakhandphone , IC dan lesen.. Nseb bek la polis tu caya kat aku. Last2 die lepaskan aku and pesan jgn wat lagi.. Aiyaa.. selalunya aku kuar dekat2 memng bwa purse, tp pastu x de pape pun. Kali ni aku x bawa purse,x bawa hp ,ada lak kena tahan .. Haish.. Aku lalu situ sebab dekat.. nak lalu jalan yg len, jauh la kena pusing. Padahal dekat je umah sewa aku dengn mktb lau lalu belakng. Jalan blkng maktb tu lak pecah2 kurang elok, lori byk lalu wat projek. Sekali sekala, aku lalu la gak kalo perlu. 

Pastu, pas Terawikh ada meeting lak untuk iftar ari lusa. Penat2 pun kena la gak gagah pergi. da nama nya pun tanggungjawab dan amanah kan.. pastu time balik, x lalu dah jalan yg selalu jalan tu. Terpaksa lalu jalan len yg lebih jauh. Geram tul!!

Sampai rumah dah nak dekat sebelas setengah.. mata pun dah kuyu..huuuu ngantuk... tapi keje apa pun aku x wat lagi rini.. esemen x sentuh pun ari nie. Buku program iftar x siap lagi. baru 80%. Sign language pun baru praktis 2 muka surat tuk test /kuiz yg seterusnya. Dak2 kelas lak ajak makan luar malam sok.. wuuu... Best  jugak tpi haishh..............biarla aku sorng yg simpan.


Pengajaran untuk hari ni : 
Berani mencuba sesuatu yang x pernah dilakukan,
Sentiasa bawa ic,lesen dan handphone bila nak keluar walaupun sekejap. Bukan tiap masa kita bernasib baik
Kena pndai guna masa.
Luangkan juga masa utk eratkan ukhwah dan ikatan silaturrahim dgn kwn2 kita





Sunday, August 5, 2012

Contoh teks untuk pengajaran hasil pembelajaran 4.3 Bahasa Melayu KBSR.

HASIL PEMBELAJARAN:
4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang.

Tajuk : Syarahan ‘Keburukan Siaran Televieyen kepada Kanak-kanak’.

 Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”

Hadirin sekalian,

Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua penduduk negara ini sudah memiliki televisyen di rumah mereka. Televisyen sudah diketahui mampu bertindak sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan kepada negara ini. Pada masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen menerusi penyiaran program dalam dan luar negara itu.

Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut menyelitkan impak buruk yang ketara kepada kanak-kanak di negara ini. Kebanyakan program yang ditayangkan itu merupakan program import yang memaparkan pelbagai unsur ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan dan pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap akan menyebabkan kanak-kanak cuba meniru aksi tersebut.

Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak masa dengan menonton tanpa membuat sebarang aktiviti yang berfaedah seperti membuat kerja sekolah mereka. Alasan menonton program kesukaan mereka sering menjadi alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu. Keadaan ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka menurun lalu menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak itu pada masa hadapan pula.

Hadirin yang dihormati,

Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya sikap mengawal amalan menonton televisyen ini dengan lebih baik. Ibu bapa harus mengutamakan program yang mampu menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam diri kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara pada masa hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan televisyen dapat mempengaruhi fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu, pilihlah rancangan televisyen yang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.
Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 31, 2012

Kepelbagaian isu masyarakat pluralistik di Malaysia.

Pendahuluan.

            Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan detik hitam sejarah negara yang merungkai persoalan perhubungan antara kaum di Malaysia. Natijah daripada peristiwa tersebut pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian antara kaum dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat melalui perlaksanaan dasar-dasar sosial, ekonomi dan politik yang menjurus ke arah perpaduan dan pembinaan negara dan bangsa. Peristiwa tersebut telah memberikan pengajaran penting kepada semua ahli politik dan rakyat Malaysia bahawa rusuhan kaum tidap patut wujud kerana ia boleh merosakka perpaduan, keharmonian hidup rakyat. Maka, para pemimpin dan rakyat perlu berganding bahu bersama-sama menjaga kerukunan hidup agar semua kaum dapat hidup bersama tanpa ada permusuhan dan masalah.
            Oleh itu, telah wujud pelbagai isu masyarakat pluralistik di Malaysia sejak sekian lamanya dari dahulu hingga sekarang. Pelbagai isu telah timbul kesan daripada pluralistik yang telah berlaku di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi.
            Saya dan rakan-rakan seperjuangan semester 3, perlu menghasilkan tiga ulasan kritik daripada kandungan bahan bacaan yang berbeza dan mengutarakan kepelbagaian isu masyarakat pluralistik di Malaysia.



Ulasan Kritik.
Artikel 1 : Dasar Ekonomi Baru.
Tema: Ekonomi.
            Bushra bt Haji Yusof dalam karyanya Dasar Ekonomi Baru yang diterbitkan dalam buku Dasar-dasar Kerajaan Malaysia telah membincangkan mengenai pelaksanaan, matlamat, strategi, pencapaian, penyusunan dan kelemahan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
            DEB dilaksanakan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) bertujuan untuk mencapai perpaduan negara . Rancangan DEB ini dijalankan melalui serampang dua mata iaitu mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Menurut Shamsul Amri Baharuddin dalam Modul Hubungan Etnik mengatakan bahawa matlamat utama DEB ialah mencapai perpaduan negara dengan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah. Secara tersuratnya DEB ini dilancarkan untuk mencapai perpaduan dan membasmi kemiskinan bagi semua rakyat Malaysia. Namun jika kita lihat secara tersiratnya menurut pandangan saya sebenarnya DEB ini lebih kearah untuk membantu penduduk Bumiputera atau masyarakat Melayu khasnya untuk meningkatkan taraf hidup dan merapatkan jurang perbezaan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Ini adalah kerana jurang perbezaan sosio-ekonomi antara penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera amat ketara sekali termasuklah dari segi aspek pembangunan, pemilikan harta, kekayaan, pelajaran, pekerjaan, dan sebagainya. Masyarakat Melayu hanya mempunyai tampuk kuasa politik tetapi ia tetap tidak dapat menjadikan masyarakat Melayu sebagai masyarakat yang paling berjaya dan berkuasa. 
            Masyarakat Melayu sebagai penduduk peribumi asal di Malaysia menginginkan ketuanan Melayu dan mempunyai keistimewaan dan kelebihan sebagai penduduk asal Malaysia. Oleh kerana dari semua aspek majoritinya masyarakat Melayu jauh ketinggalan di belakang, pihak kerajaan mengambil langkah untuk menstabilkan dan membantu sosio-ekonomi masyarakat Melayu dengan perlaksanaan DEB. Namun begitu, jika dilihat dari segi sejarah, keadaan ekonomi yang tidak seimbang ini disebabkan juga oleh pihak penjajah yang menggunakan dasar pecah dan perintah terhadap Tanah Melayu pada sewaktu ketika dahulu setelah terjadinya imigrasi dari Cina dan India. Masyarakat Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu dan diletakkan di kawasan bandar dan bekerja sebagai pelombong bijih timah dan peniaga. Masyarakat India pula diletakkan di kawasan estet untuk mengerjakan ladang-ladang getah pihak British. Masyarakat Melayu tetap kekal di kawasan perkampungan dan bekerja sebagai petani, pekebun kecil, nelayan, buruh kasar dan pekerja ladang.
            Pihak kerajaan telah bekerjasama dengan pihak swasta untuk memajukan ekonomi bumiputera yang merupakan kaum yang tertinggal jauh sekali ke belakang berbanding kaum yang lain. Antaranya ialah MARA, KESEDAR, KEJORA, Bank Bumiputra, dan sebagainya. Walaupun pihak kerajaan mengatakan mahu mengimbangkan kembali ekonomi antara kaum tetapi jika kita menelitinya, pihak kerajaan lebih berpihak kepada kaum Melayu apabila mewujudkan pelbagai agensi dan program untuk Bumiputera. Contohnya MARA merupakan agensi Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang terdiri daripada sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera. KESEDAR dan KEJORA pula dibawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang berfungsi sebagai sebuah agensi pembangunan bagi negeri Johor dan Kelantan. Selain itu, kerajaan juga bertindak untuk menambahkan lagi kemodenan dan meninggikan daya pengeluaran di kawasan luar bandar,  masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan Bumiputera dan menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara seperti pemilikan saham dalam sektor syarikat untuk Bumiputera. Jika kita teliti strategi-strategi dan perlaksanaan rancangan kerajaan ini, kita akan dapati bahawa pihak kerajaan ingin membantu orang-orang Melayu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka. Hampir kebanyakan strategi tersebut lebih ke arah pihak orang-orang Melayu dan Bumiputera. Sebagai penduduk asal di Malaysia ini, saya berpendapat bahawa seharusnya masyarakat Melayu menguasai dalam semua bidang dan perkara termasuklah bidang ekonomi, pemilikan sumber, perniagaan, pendidikan, dan sebagainya. Namun apa yang telah berlaku adalah yang sebaliknya. Apa yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah sangat bagus untuk membantu masyarakat bumiputera di negara ini, namun ia seakan-akan berat sebelah dan tidak bersifat adil kepada semua kaum dan masyarakat. Ini adalah kerana, sejak kemerdekaan dicapai oleh negara ini pada tahun 1957 dan juga tertubuhnya Malaysia, sudah tiada lagi bangsa Melayu dan telah menjadi bangsa yang baru iaitu bangsa Malaysia. Oleh itu, seharusnya kita semua lebih bersikap adil dan memberikan hak sama rata kepada semua masyarakat. Masyarakat sendiri perlu merebut peluang dan meningkatkan produktiviti diri untuk memajukan diri sendiri.
            Sehingga kini menjelang abad ke-21, kita masih dapat melihat bahawa kebanyakan orang-orang Melayu masih tertinggal ke belakang berbanding kaum lain seperti Cina dan India yang lebih maju dan mencapai kejayaan dalam mengejar kekayaan dan ekonomi yang kukuh. Kaum Cina majoritinya menguasai bidang ekonomi dan membuka banyak premis-premis dan firma-firma syarikat di bandar-bandar besar. Malah jika kita lihat di kawasan pinggir bandar juga terdapat banyak kedai-kedai dan gerai yang menjadi milik orang-orang Cina. Kaum India juga banyak meningkatkan taraf hidup mereka dan mempunyai kerjaya yang baik seperti dalam bidang perubatan dan juga perniagaan. Bagi masyarakat Melayu, tidak ramai yang rajin untuk memajukan diri dan mengembangkan lagi perniagaan dan perusahawanan yang diceburi. Masyarakat Melayu secara amnya lebih suka berada dalam zon yang selesa tanpa mahu meningkatkan lagi taraf hidup ke arah yang lebih kaya tidak seperti masyarakat kaum lain. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup harmoni bersama pelbagai kaum dan etnik perlu sentiasa memajukan diri, bersaing secara sihat tanpa mengahrapkan bantuan dan strategi daripada pihak kerajaan dan badan-badan berkanun semata-mata. Negara kita kini telah membangun dan sedang menuju kearah wawasan 2020, maka semua rakyat perlu sedar akan kepentingan ekonomi terhadap negara, diri dan keluarga.



Artikel 2: Interaksi Budaya India & Cina ke atas Pengukuhan Bahasa dalam Tamadun Melayu.
Tema: Bahasa.
            Artikel kedua yang ingin saya ulas dan kritik adalah Interaksi budaya India dan Cina ke atas pengukuhan bahasa dalam tamadun Melayu iaitu jurnal tulisan oleh Zawiah Mat dan Mashitah Sulaiman. Dalam artikel tersebut, ia menumpukan terhadap budaya dan bahasa yang mempengaruhi masyarakat Melayu dan juga India serta Cina.
            Seperti mana yang kita telah tahu, sejak zaman berzaman lagi masyarakat Melayu telah mengalami perubahan dan pengaruh kesan daripada pertembungan budaya dan interaksi sosial antara tamadun melayu dengan masyarakat luar seperti Cina dan India. Kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu sewaktu ketika dahulu bermula sejak awal abad masihi lagi. Pada ketika itu masyarakat Cina banyak datang berdagang dan berurusan dengan Tanah melayu terutamanya di semenanjung Malaya. Masyarakat Cina sendiri menggunakan bahasa Melayu ketika berurus niaga seperti di Melaka hingga dikenali sebagai bahasa lingua franca iaitu bahasa perhubungan. Mengikut sejarah, maharaja Cina iaitu Maharaja Ming juga pernah mengahantar utusannya iaitu Yong Le Ke-1 ke Tanah Melayu untuk tujuan muhibah dan Sultan di Tanah Melayu juga turut membalas kunjungan tersebut dengan menghantar utusan ke Tanah Besar Cina juga. Mengikut kata Zawiah dalam tulisan jurnalnya bersama Mashitah, kemuncak kepada perhubungan antara Cina Dan Nusantara berlaku semasa zaman kesultanan Melayu Melaka. Hubungan baik yang dibina antara dua negara ini baik untuk kedua-dua belah pihak. Perkembangan bahasa turut berkembang dengan adanya penukaran dan pengubahsuaian kepada kedua-dua bahasa ini. Dengan itu kosa kata dan kefahaman terhadap bahasa turut meningkat.
            Selain itu, terdapat juga masyarakat Cina yang membawa keluarganya menetap terus di Tanah Melayu dan membawa masuk pengaruh bahasa kepada masyarakat Melayu. Mereka juga turut mengahwini rakyat tempatan hinga lahirlah masyarakat Baba dan Nyonya serta peranakan Cina. Dengan itu, wujudlah istilah-istilah baru daripada kepelbagaian etnik dalam pengkayaan bahasa Melayu dan tamadun Melayu. Namun begitu, masyarakat Melayu tidak mengambil perkataan dalam bahasa Cina secara terus tanpa ada pengubahsuaian atau meminjam ubah unsur tersebut. Antara contoh perkataan bahasa Cina dalam bahasa Melayu tersebut ialah teh, taugeh, kuaci, kucai, tocang, koyok, gincu, congkak, loteng, bangsal, angpau, tekong, dan sebagainya. Oleh kerana kita telah mengetahui bahawa sebahagian daripada bahasa Melayu sebenarnya bukanlah benar-benar berasal daripada tamadun Melayu, kita tidak seharusnya berasa megah dan sombong kepada kaum lain seperti Cina bahawa mereka tidak pandai menggunakan bahasa Melayu sedangkan kita sendiri pada asalnya tidak mengetahui asal usul bahasa tersebut mengandungi sebahagian pinjaman perkataan daripada bahasa Cina. Dalam penyerapan bahasa tersebut, terdapat juga beberapa perkataan yang tidak sesuai digunakan dalam urusan rasmi dan formal seperti apek, nyonya, taukeh, gua, lu, cuak, singkek, dan sebagainya. Perkataan-perkataan tersebut hanya sesuai digunakan dalam bahasa pasar sahaja dan sebenarnya ia kedengaran seperti kurang sopan dan tidak manis didengar. Seperti perkataan gua dan lu yang membawa maksud kepada saya dan kamu. Perkataan tersebut juga tidak sesuai digunakan dalam perbualan dengan orang yang lebih tua dan dengan keluarga.
            Pengaruh budaya India ke atas bahasa dalam tamadun Melayu pula mula wujud setelah hubungan awal yang dibina antara India dengan Asia Tenggara sejak abad pertama Masihi. Orang-orang melayu juga turut mengembara menjadi pelaut ke India untuk tujuan dagangan. Orang-orang India juga membina penempatan di Tanag Melayu dan menetap serta berkahwin dengan gadis tempatan. Kemudian wujudlah masyarakat india muslim atau lebih dikenali sebagai mamak pada zaman kini.
            Bahasa Melayu banyak diambil daripada bahasa sanskrit dan juga sedikit daripada bahasa tamil. Bahasa tersebut dipinjam dan diubahsuai dengan kesesuaian masyarakat Melayu. Contoh kata pinjaman daripada bahasa sanskrit ialah ‘bhumi’ menjadi perkataan ‘bumi’, ‘artha’ menjadi ‘harta’, ‘akasah’ menjadi ‘angkasa’, dan sebagainya. Pinjaman daripada bahasa tamil pula ialah ‘vaga’i menjadi perkataan ‘baga’i, ‘ayyaa’ menjadi ‘ayah’, dan lain-lain. Pandangan saya kata pinjaman dari India ini telah menyebabkan pengkayaan dalam bahasa Melayu menjadi meningkat dan kosa kata dalam bahasa Melayu juga turut berkembang.
Bahasa merupakan satu medium yang penting bagi perhubungan dan komunikasi bagi manusia. Menurut pandangan saya, jika kosa kata dan tatabahasa adalah kurang dan tidak banyak, kemungkinan banyak perkara dan benda di persekitaran kita tidak mempunyai nama dan tidak dapat diterjemahkan kepada bahasa. Namun begitu, pengaruh bahasa dari luar ini perlu digunakan sebaiknya dan disesuaikan dengan budaya, dan nilai kita sebagai kaum Melayu. Jangan sehinggakan nilai dan bahasa asal kita hilang keaslian dan nilainya sehingga jarang-jarang kita gunakan dalam kehidupan kita. Bahasa Melayu kita perlu dijaga dan jangan dicemarkan penggunaannya dengan penggunaan bahasa yang tidak betul atau ‘rojak’ . Masyarakat Malaysia kini yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India perlu mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi negara kita. Walaupun kita hidup dengan budaya dan bahasa masing-masing namun bahasa Melayu tetap menjadi keutamaan dan perlu dikuasai dengan fasih oleh semua rakyat. Masyarakat Cina dan India sepatutnya tidak menjadi masalah untuk fasih dalam bahasa Melayu kerana sebahagian daripada bahasa Melayu ialah kata pinjaman daripada bahasa Cina dan India. Malah, keturunan mereka telah lama menetap dan mengamalkan bahasa Melayu di Malaysia. Maka, tidak wajarlah seandainya masyarakat Cina dan India tidak tahu dan tidak mahir berbahasa Melayu dengan baik.









Artikel 3: Perdebatan Antara Kaum Mengenai Isu Kerakyatan Sebelum Merdeka.
Tema: Politik.
            Saya telah membaca dan memahami kandungan karya Abdul Halim Ramli dalam jurnalnya, Perdebatan Antara Kaum Mengenai Isu Kerakyatan Sebelum Merdeka yang diterbitkan oleh Universiti Malaya di Jabatan Sosial Sains dan Seni. Mengikut sejarah, kedatangan kaum lain seperti Cina dan India pada asalnya ke tanah Melayu adalah dibawa masuk oleh pihak penjajah. Kemudian, dalam proses memerdekakan Tanah Melayu pelbagai isu dan proses telah berlaku.
            Pada Oktober 1945, pihak Inggeris telah menubuhkan Malayan Union bagi menggabungkan negeri-negeri Melayu di Semenanjung. Ia bertujuan untuk membentuk satu pentadbiran yang berpusat dan melonggarkan syarat kelayakan bagi orang-orang bukan Melayu. Apabila pihak Inggeris membuat rancangan seperti Malayan Union itu, sudah tentulah orang-orang Melayu tidak bersetuju dan menentang secara habis-habisan rancangan tersebut. Ini adalah kerana, dengan tertubuhnya Malayan Union, hak istimewa dan kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Perkara itu membuatkan ketuanan Melayu hilang dan orang-orang Melayu berpendapat bahawa Tanah Melayu perlu kekal sebagai hak milik orang-orang Melayu, dan kaum lain yang datang berhijrah ke Tanah melayu perlulah menyedari akan hal tersebut dan perlu tahu bahawa mereka bukanlah penduduk asal Tanah Melayu. James Allen dalam jurnal karya  Abdul Halim Ramli turut mengatakan bahawa rancangan pihak Inggeris itu seolah-olah ingin membelakangkan dan menghukum orang-orang Melayu dan menyebelahi dibelah pihak orang-orang Cina kerana kaum Cina telah banyak membantu orang Inggeris dalam jajahan mereka di Tanah Melayu seperti penyertaan mereka sebagai MPAJA iaitu Malayan People’s Anti-Japanes Army.
            Pihak Inggeris mempunyai agendanya yang tersendiri dalam penubuhan Malayan Union ini. Mereka ingin memerintah Tanah Melayu dan tidak mengiktiraf hak orang Melayu sebagai penduduk asal yang mempunyai hak  istimewa peribumi berbanding kaum lain. Pihak Inggeris dikatakan memerintah secara langsung Tanah Melayu kerana melalui Malayan Union ini raja-raja Melayu perlu menyerahkan kedaulatan mereka kepada Raja Inggeris. Perkara seperti ini sudah pastilah tidak wajar dan menurut pandangan saya juga, orang-orang Inggeris tidak boleh merampas kedaulatan dan pemerintahan raja-raja Melayu kerana Tanah Melayu adalah hak milik orang-orang Melayu dan orang-orang Melayu berhak memerintah dan menetap di tanah kelahiran mereka sendiri.
            Jika ingin mengatakan bahawa masyarakat Cina dan India benar-benar menginginkan hak kerakyatan di Tanah Melayu, perkara itu adalah tidak benar sama sekail. Ini adalah kerana, pada mulanya kaum Cina tidak memperlihatkan sokongan mereka terhadap gagasan Malayan Union tersebut. Sebahagian daripada mereka hanya memberikan kesetiaan mereka kepada negara Cina dan mereka lebih mengambil berat akan ekonomi dan gangguan hak sivil mereka pada ketika itu. Bagi kaum India pula, mereka lebih memberikan tumpuan terhadap isu kekurangan makanan dan peningkatan harga barangan dan industri. Mereka tidak banyak memberikan komen dan maklum balas terhadap gagasan tersebut. Mereka turut menganggap bahawa Tanah Melayu adalah negara Melayu dan perlulah dikekalkan. Maka disini, kita dapat lihat bahawa kaum Cina dan India tidak merebutkan hak kerakyatan tersebut pada awalnya, tetapi pihak Inggeris yang bukan warganegara di Tanah Melayu yang bersungguh-sungguh campur tangan dalam urusan kewarganegaraan  Tanah melayu untuk kepentingan mereka.
            Kemudian Malayan Union dibubarkan dan digantikan pula dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1946. Dalam persekutuan tersebut orang-orang Melayu bersetuju memberikan hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu tetapi dengan syarat bahawa mereka perlu memberikan tatat setia dan mengikut segala syarat yang diberikan dalam perjanjian tersebut. Namun begitu, ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pihak kaum lain kerana undang-undang yang ketat. Namun begitu, sebenarnya adalah agak wajar jika diberikan syarat dan undang-undang yang sedikit ketat kepada bukan Melayu untuk mendapatkan kewarganegaraan di Tanah Melayu kerana mereka perlu membuktikan taat setia mereka kepada Tanah Melayu dan menjdai bangsa yang baru. Kita tidak mahu bangsa yang akan membelot dan mengkhianati bangsa dan negara sendiri. Pada ketika ini terdapat sebahagian kaum bukan Melayu yang tidak menolak perkara tersebut secara keseluruhannya kerana ia adalah untuk menjaga kepentingan penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu. Namun begitu terdapat juga sebahagian golongan yang menentang dan menolak syarat kerakyatan tersebut kerana mereka berpandangan bahawa ianya seperti ingin meminggirkan kaum lain dan berpendapat bahawa Tanah Melayu adalah negara majmuk dan bukan hanya untuk orang-orang Melayu sahaja. Bagi saya, kedua-dua belah pihak iaitu kaum Melayu dan kamu bukan Melayu perlu berfikiran terbuka dan menerima anatara satu sama lain. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami dan menerima bahawa Tanah Melayu merupakan hak milik dan negara kelahiran kaum Melayu sejak dahulu lagi, dan perkara yang menyebabkan Tanah Melayu menjadi negara yang mempunyai kaum dan bangsa lain adalah disebabkan oleh kemasukan dari negara luar oleh pihak penjajah untuk kepentingan mereka. Kaum bukan Melayu kebanyakannya tidak mahu pulang ke negara asal kerana di negara mereka mempunyai masalah-masalah lain seperti masalah ekonomi, pengangguran, ketidakstabilan politik, ekonomi yang tidak stabil, dan sebagainya. Maka mereka perlu sedar bahawa mereka sedang membuat permohonan untuk tinggal secara tetap di Tanah Melayu dan perlu mengikut segala syarat dan perundangan yang ditetapkan. Tetapi dalam masa yang sama juga kaum Melayu turut perlu memahami bahawa, bukan kehendak kaum bukan Melayu untuk datang ke Tanah Melayu sewenang-wenangnya kerana mereka juga datang ke Tanah Melayu disebabkan oleh desakan keperluan hidup dan dibawa oleh pihak penjajah. Mereka juga menjadi mangsa keadaaan. Malah terdapat juga sebahagian daripada mereka terpaksa meninggalkan kehidupan dan keluarga di negara asal mereka.
            Kesan daripada politik dan penjajahan semasa sebelum merdeka dahulu, kini negara Malaysia sudah terdiri daripada pelbagai kaum dan dapat hidup secara harmoni dan saling faham-memahami antara satu sama lain. Kini, semua kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai hak yang sama untuk berpolitik secara adil dan saksama. Rakyat juga diberi pilihan untuk memilih pemimpin mereka sendiri melalui pilihanraya umum yang diadakan.
 
Images by Freepik