Pages

Saturday, December 31, 2016

Hiking

Hari ini dah sampai ke penghujung tahun 2016. Setahun sekejap rasa dah berlalu. Tahun ini banyak wishlist yang aku rasa aku dapat capai. Walaupun tak semua, tapi sebahagiannya dah terlaksana. Alhamdulillah. Salah satunya ialah aktiviti hiking.

Pada mulanya aku cuma nak naik Bukit Broga je sebab tak pernah sampai. Sedangkan dari zaman belajar dulu lagi bukan main ramai member dan student yang dah naik. Tapi masa tu aku tak pernah rasa nak join. Lepastu melarat pula ke beberapa bukit dan gunung.

Bukit Broga ni aku naik dengan seorang kawan dan seorang adik lelaki aku. Kami gerak dari rumah dalam jam 4 lebih pada waktu pagi. Dan mula mendaki dalam jam 5 pagi. Kenapa gerak awal pagi? Sebab Broga ni kalo tunggu hari cerah, ia akan panas. Sebab kawasannya lapang , tak ada pokok2 tinggi macam dalam hutan tu. Dan lagi satu konon-kononnya boleh la tengok matahari terbit.

Lokasi Bukit Broga ialah di Semnyih dengan ketinggian sederhana 400m. Tarikh aku mendaki ialah 24 April 2016.








Kedua, pada 8 Mei 2016 aku mendaki Bukit Saga di Ampang, Kuala Lumpur dengan ketiggiannya lebih kurang 410m. Bukit ni kalau pergi nak dekat tengah hari pun tak ape sebabnya tak panas. Macam masuk dalam hutan, penuh pokok-pokok tak kena matahari. Lepas tu korang akan jumpa air terjun. Haa boleh la nak relax ke, mandi2 kejap sebelum turun.










Ketiga, aku mendaki di Gunung Irau pada 28 Mei 2016 yang terletak di sempadan Perak dan Pahang. Gunung ini merupakan puncak tertinggi di Cameron hinghland dengan ketinggian 2110m.

Yang bestnya gunung ni sebab sejuk dan mossy forest. Aktiviti hiking ni aku join dengan group hiking dak UPM.
















 Pengalaman aku naik Gunung Irau ni walaupun ia merupakan gunung paling tinggi yang pernah aku daki setakat ini, tapi ia paling best sebab sejuk dan suasananya yang cantik ala-ala fairyland. Jumpa ramai orang dan kenalan baru. Malah  rakan sekerja, Kak Im dan suaminya pun turut serta. Kawan baik masa belajar dulu Habibah dan junior IPGIK Bazla dan adik lelaki aku, Rosman pun join dalam ekspedisi ini. Jadi rasa penat dan sukar tu sama-sama dapat harungi bersama. Chewahhh..

Keempat, aku hiking di Gunung Nuang pada 17 Julai 2016 dengan student IPGIK. Gunung ini terletak di sempadan Selangor dan Pahang dengan ketinggiannya ialah 1493m. Gunung ini walaupun tak setinggi macam Gunung Irau, tapi bagi aku cabaran mendaki Gunung Nuang ini lebih mencabar dan laluannya untuk sampai ke puncak lebih mencanak naik dan penuh dengan batu-batu besar. Aku rasa antara faktor yang lain juga ialah aku dah lama tak exercise langsung sejak bulan yang sebelum tu sebab bulan puasa lepas tu lepas beberapa hari raya, aku terus hiking. Exercise, persediaan apa semua tak de. Pastu follow pulak budak2 junior bidang sukan dari IPGIK yang semua power2 dan laju giler. Memang ketinggalan la aku.

Gambar-gambar di Gunung Nuang juga, tak banyak yang aku ambil dan simpan sebab aku rasa sangat tak larat dan muka rasa sangat la comot.







Kelima, aktiviti hiking aku yang seterusnya pada 23 Julai 2016 di Gunung Hitam, Hulu Langat dengan ketinggian 1210m. Aktiviti ni aku join dengan group Budak Cap Ayam (BCA). Pendapat aku Gunung ni pun boleh tahan juga cabarannya lebih kurang macam Gunung Nuang. Cuma gunung ni kurang berbatu macam Gunung Nuang tapi jalan nak sampai ke puncak tu curam ke atas. First time aku hiking terpaksa guna tongkat kayu sebagai alat sokongan. Hahaha.. Tapi ekspedisi ni kurang terasa penatnya tak macam Gunung Nuang gak sebab mungkin ada member dan adik lelaki yang join.




















Seterusnya yang keenam, aku hiking di Bukit Tabur West pada 31 Ogos 2016. Bukit Tabur terletak di Taman Melawati, Selangor dan mempunyai ketinggian sebanyak 396m (wikipedia). Walaupun tak berapa tinggi, tapi mempunyai trek yang agak merbahaya kerana mempunyai tebing dan juram yang sempit dan tinggi 100 kaki. Sesiapa yang nak naik Bukit Tabur kena berani, sabar, dan sangat berhati - hati kerana telah banyak kes kemalangan jatuh gaung dan kematian yang berlaku. Masa aku nak pergi tu pun banyak kali aku fikir tapi last sekali aku pergi juga. Gambar pun tak banyak sangat ambil sebab fokus nak mendaki. hihi..

Sebenarnya Bukit Tabur mempunyai 5 puncak iaitu Tabur West, Tabur East, Tabur Far East, Bukit Tabur Extreme, dan Bukit Tabur Extra. Setiap Bukit / Puncak ada cabarannya tersendiri. Tapi apa yang aku tahu yang paling senang ialah Tabur Far East dan yang paling susah ialah Tabur Extreme.
(rujuk http://www.matsallehcrimakan.com/hiking/menakluk-semua-puncak-bukit-tabur-saya-nak-kongsi-tip2/ )











Aktiviti hiking aku yang terakhir bagi tahun ini pada 26 Disember 2016 di Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson. Ketinggiannya aku tak pasti, aku cuba google pun tak jumpa. Tapi apa yang aku dapat cakap, laluan nak naik bukit ni aku rasa agak senang dan dalam 20 minit je dah sampai. Itu jalan santai tu. Kalau jalan laju ckit entah-entah 10-15 minit pun dah boleh sampai.. hahaha.

Bukit ni terletak dalam kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan perlu bayar RM1 di pintu masuk. Masa naik aku lalu jalan lain, masa turun aku turun ikut jalan lain yang menghala ke pantai.

Korang jangan nak pelik sangat la tengok gambar aku kali ni pakai mask. Aku sihat, ok je cuma nak lindung muka sebab baru buat bekam.. huhuhu..











Alhamdulillah, setakat ni cukuplah 4 bukit, 3 gunung yang sudah dinaiki. Tercapai satu wishlist 2016 aku iaitu nak hiking. Masih banyak trip naik gunung yang kawan dan group yang mengajak antaranya Kinabalu, tapi aku macam dah tak nak. Sebab aku naik untuk suka-suka je. Lepas ni kalau nak hiking pun mungkin dah jarang-jarang kot. Pengalaman aku pun tak banyak macam hikers yang lain. Aku ni boleh kira macam beginner gak la. haha.. Untuk tahun 2017 mungkin aku nak buat  aktiviti lain pula kut atau fokus pada plan atau wishlist lain. Apakah??.. Ada la.. hahahaha.

Ok bai. Assalamualaikum.

terima kasih sudi baca hasil yang tak seberapa ni.

Selamat Tahun Baru ye korang.

Buang yang keruh ambil yang jernih.

Positif dan elak berprasangka dan skeptikal pada orang lain.

(cakap dengan diri sendiri gak sebenarnya..hahaha)


Wednesday, August 24, 2016

Stress

Stress!
Semua orang pernah hadapi situasi stress. Stress ni ada yang baik dan ada yang buruk. Yang baik tu contohnya bagi student yang nak menghadapi peperiksaan, biasanya akan stress sebab risau tak lulus dan gagal menjawab soalan peperiksaan dengan baik. So, keadaan stress tu akan membuatkan student tersebut berusaha untuk ulangkaji pelajaran  semata mata untuk dapatkan keputusan peperiksaan yang terbaik.

Stress yang buruk tu pula bila menyebabkan sesorang itu hilang pertimbangan yang wajar sehinggakan berlakunya insiden yang buruk dan tidak sepatutnya. Contohnya bila gagal dalam peperiksaan, seseorang itu terlalu stress hingga bertindak untuk membunuh diri kerana tidak boleh mengawal stress dengan baik.

Oleh itu, sangat perlu untuk kita mengawal stress agar tidak memberikan kemudaratan kepada diri dan orang lain. Tak kisah la masalah kerja ke, family ke, relationship ke, life ke.. whatever.. ia mesti dikawal.


So, bagaimana caranya untuk korang semua  kurangkan dan hilangkan stess?

Sehari dua ni aku berasa agak stress dan sedih. Aku rasa nak marah tapi tak boleh, kemudian bercampur dengan tekanan itu dan tekanan ini dan akhirnya membuatkan aku sedih dan kecewa. Tapi Alhamdulillah, takde la sampai aku buat perkara yang tidak wajar dan memudaratkan diri dan orang lain. Itu maknanya aku ok lagi tu kot.. Hahaha.. Siap boleh update blog lagi ha..

Bagaimana caranya aku hadapi perkara ini?

Pada mulanya aku akan berdiam diri.



Ambil sedikit masa untuk jauhkan diri daripada perkara yang menyebabkan stress. Kalau terlalu stress hingga menyebabkan rasa sedih aku akan menangis. Itu normal, aku manusia bukan robot. Biasanya bila tengah memandu la. Time tu x de sapa nampak. Hehe..




Lepas tu, aku akan positifkan diri ingat Allah dan anggap itu sebagai peluang untuk aku mengutip pahala atas apa yang berlaku. Dan mungkin juga sebenarnya ada perkara yang lebih baik yang akan aku dapat di kemudian hari. Betul, sikap positif sangat perlu ada dalam diri, kalau tak aku rasa kita akan jadi makin stress dan silap hari bulan boleh jadi kemurungan pulak. Hish, mana la tahu kan.



Dan aku ni semestinya manusia biasa, kalau dua perkara kat atas ni x jalan juga, ada kalanya aku akan share dengan org tertentu. Orang yang menjadi pendengar tu kadang-kadang memang tak mampu buat apa-apa pun. Tapi sekurang-sekurangnya, mungkin kita akan lebih tenang dan lega. Tapi tak semua masalah kita boleh share dengan orang lain, betul tak? So jalan penyelesaian yang terbaik ialah mengadu pada Allah. Dia yang Maha Berkuasa, Dia yang memberikan kita sesuatu  atau ujian, dan Dia juga yang berkuasa untuk membuka jalan penyelesaiannya. Jadi, duduk di tikar sejadah, tadah tangan dan mengadulah apa saja. Pastu tenangkan hati dengan baca ayat suci Al-Quran, zikir, sebut nama Allah. Sambil wat keje, sambil memandu sebut Allah, Istighfar. Inshaa Allah



Selain itu, aku akan keluar window shopping kat mana-mana je yang kereta atau kaki aku stop. Kadang-kadang tak beli apa pun, jalan jalan tengok-tengok je. Ada masanya aku beli je apa-apa walaupun time tu dah hujung bulan menuju ke arah ekonomi meleset. Hahaha.. Tapi takde la sampai penuh tangan kiri kanan sampai bahu senget sebelah. Idak ler teman.



Next, aku akan keluar ke taman untuk joging atau beriadah. Tak kisah la taman yang dekat ke atau yang jauh sikit. Tengok keadaan dan mood juga.


Kalau kebetulan time tu musim cuti dan kaya ckit (aminn), pergila bercuti. Konon-konon pergi tenangkan minda dan tinggalkan semuanya. Hahaha..


Cara lain, lau still tak ok, biasanya juga aku akan baca artikel yang berkaitan dengan problem tu atau bersifat motivasi, nasihat, penyelesaian di internet dan buku.Tengok la, lau kat rumah ada buku yang sesuai baca je la. Kalau tak pon, aku gi keluar merayap masuk book shop dan tengok kalau ada yang berkaitan..  Haha..


Dan kalau boleh cuba jangan overthinking. Jangan terlalu memikir je masalah atau sesuatu perkara yang menjadikan korang stress dan sedih. kadang-kadang bukan masalah sangat pun, tapi dah memikir je jadi masalah la ia. Dan aku selalu gitu. Haish.. kena ubah ni.

Lain orang lain caranya bila menghadapi stress. Korang pulak macam mana? Orang cakap pengalaman mematangkan kan kita lagi.

 Just go with the flow.

Hm...ok.. harap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada pembaca.

Adioss!

2.30 am
24 Ogos



Ok, sis masuk hutan dulu, mana tahu jumpa harta karun ke

 
Images by Freepik