Pages

Wednesday, February 10, 2016

Percutian ke Pulau Pinang

Assalamualaikum

Hai, kepada semua yang mengenali aku mesti dah tahu yang aku dah posting ke sekolah menjadi seorang guru sejak tahun lepas lagi. Dan biasanya guru ni cuti panjang dia pada bulan 11 dan 12 kan.. normal lah.. 

Aku dan kawan-kawan IPG aku still contact dan keep in touch. Yang posting sama2 di KL tu sesekali ada la juga kitorang jumpa, makan2, main boling dan sebagainya. Pada cuti Disember lepas, kitorang plan bercuti ke Pulau Pinang. Tapi hanya 5 orang je yang join. Member yang posting KL, Negeri Sembilan, dan Sabah. Yang lain masing2 ada hal tersendiri. Its ok.. Biasa la bila dah kerja ni, memang susah ckit nak berjumpa semua sekelas dalam satu masa. Semua dah dok jauh dan posting merata negeri.

Aku pun sejak dah kerja ni jarang2 buka blog. Ni nak update story pun curi2 masa. Tak sempat nak fikir lama2 nak taip apa. Hahaha..

14 Disember 2015 :



Kami bertolak dari KL lebih kurang jam 12.40 pm dan tiba di Pulau Pinang pada jam 4.30 pm. Bayaran Tol rm43.30. Petang tu kami terus jalan-jalan ke Padang Kota Lama ambil angin pantai dan makan pasembor. Satu pinggan besar tu kami makan ramai-ramai rm22.


Lepastu kami jalan-jalan cari bilik hotel atau dorm yang murah tapi bersih dan selesa. Memang susah juga la nak cari, sebab kami x book awal so banyak bilik yang dah penuh. Tapi kami tak putus asa dan terus mencari di area georgetown dan akhirnya kami dapat bilik di guest house dengan harga rm55 (katil queen, air cond, tv, sinki). Bilik air dan tandas di luar style macam hostel. Kami ambil 2 bilik je, satu bilik untuk lelaki dan satu bilik untuk perempuan.










Malam tu lepas solat semua, kami keluar ke pasar malam Batu Feringgi. Jarak dari georgetown ke Batu Feringgi kalau x salah, dalam 25 minit. Parking di pasar malam per entry rm3. Tujuan pergi ke pasar malam ni saja jalan2 tengok suasana malam area sana. Kami beli t-shirt seragam sama untuk semua orang nak pakai masa main escape them park nanti.. ho yeahh.. rm15 sehelai. Lepas jalan, kami makan malam di Ajid Cafe.




15 Disember 2015 :

Pagi tu lepas bersiap, kami keluar cari breakfast di area georgetown sekitar guest house kami. Jenuh juga mencari kedai makan halal sebab area georgetown majoritinya penduduk cina. Pastu aku tengok pagi2, tak banyak kedai buka kat sini. Last sekali kami jumpa kedai mamak, Restoran Jaya.



Lepas breakfast, kami jalan di lebuh chulia kami ternampak beberapa dinding yang ada lukisan yang cantik dan menarik. Mungkin ini agaknya yang dikatakan street art.


Lepas tu kami terus bergerak ke Penang Hill. Parking kat sana rm 4 dan tiket masuk sorang rm10.









Kemudian bila tengah hari, kami makan di Restoran Danish Biyani House di Georgetown. Kawan kami 2 orang suami isteri dengan anak dia datang dari Perak terus jumpa kami di restoran tu.




Dah makan, Alhamdulilah dah isi tenaga. Boleh la sambung berjalan. Kami pergi ke 3D Penang Trick Art Museum di area Georgetown juga. Tiket masuk dewasa sorang RM15.




















Malam tu lepas maghrib, lepas makan, kami ke Pesta Penang

Kenape nampak gemuk ni -_-







16 Disember 2015 :

Hari ke 3 kami berada disini kami decide bermain di Escape Theme Park seharian. Yeayy.. Dalam ni memang byk game dan kesudahannya dari pagi sampai ke petang, x sempat pun nak main semua! Bayaran masuk untuk seorang bagi kami rm83. Orang pun boleh tahan la ramai, yela cuti sekolah kan. Sebelum kami bertolak, kami check out terus dari guest house. Sebabnya tuk malam seterusnya kami nak bermalam di Batu Feringgi pula sebelum balik ke KL.




















Kami keluar dari Escape Theme Park dalam pukul 6 lebih. Sebelum tu solat, apa semua dulu pastu baru keluar ronda jap di Pantai Bahang. Pastu kami pun cari hotel bajet sekitar Batu Feringgi. Depan sikit dari kawasan pasar malam Batu Feringgi, kami jumpa Ferringhi Stay Inn Hotel dengan cas RM50 sahaja utk 1 malam. Ok la, bagi aku agak selesa. Ada wifi, astro, bilik air, tandas semua dalam bilik tu.







Malam tu before tidur, kami abeskan masa jalan beli souvenier di Pasar Malam Batu Feringgi.
Besoknya pagi tu, rehat dulu tidur sekejap sebab badan punye la letih dan rse sengal2.. haha.. mungkin penangan main di Escape seharian. Kami check out dalam pukul 9 gitu rse. Pas breakfast kami pergi ambil angin di pantai dan main parasailing. RM100 untuk seorang.



 Sebelum balik, tak singgah jeruk madu Pak Ali memang tak sah. Bukan Penang la kalau tak pi. Hahha.. Jeruk Madu Pak Ali ni special sebab tak guna ibu gula, guna air tapis dan didih 100c, guna cuka epal, madu, dan buah buahan yang terpilih. Memang sedap dan tak batuk kalo makan banyak



Lebih kurang pukul 1 kami pun bergerak drive balik ke KL.

Total perbelanjaan aku secara kasarnya percutian ke Penang ni ialah ;

Tol : RM43.30 x 2
Minyak kereta (axia ) ; isi penuh 2/3 kali (satu tangki penuh 25 liter )
Crystal Guest House : RM55 x 2hari (share 2 orang)
Parking pasar malam : RM3 x 2
Tiket Penang Hill : RM10
Parking Penang Hill : RM4
Trick art 3D Museum : RM15
Escape Theme Park : RM83
Feringghi Stay Inn Hotel : RM50 (share 2 orang)
Parasailing : RM100
Souvenier + Tshirt + Key Chain + Magnet  + Jeruk : RM187
 
Images by Freepik