Pages

Friday, October 23, 2015

Tips menghadapi VIVA IPG

Assalamualaikum
Salam Jumaat..

Hai, hari tu aku dah share sedikit mengenai tips dan pengalaman aku buat Kajian Tindakan masa belajar dulu. Hari ni aku nak share ckit mengenai persediaan menghadapi VIVA.

Pertama,
sebelum nak buat apa-apa. Pastikan kita faham sepenuhnya mengenai hasil kajian yang telah kita laksanakan. Baca dan tengok balik betul2 hasil kajian kita tu.

Kedua,
cari isi penting dan apa yang perlu sahaja untuk dipaparkan di dalam paparan power point. Rujuk dan tanya pensyarah pembimbing dan senior.

Ketiga,
setiap slide power point perlulah ringkas dan jelas. Tidak perlu masukkan karangan panjang berjela. Cukup short form sahaja. Selebihnya catat dalam kertas kecil atau hafal apa yang sepatutnya kita jelaskan kepada audien. Seharusnya faham, dan baru hafal fakta.

Keempat,
Sediakan juga hand out / hardcopy kepada panel penilai.

Kelima,
Bila dah siap slide, semak lagi sekali dan rujuk pada pensyarah pembimbing.

Keenam,
Praktis bercakap dan andaikan kita tengah membentangkan kajian kita tu. Cakap sorang2 pun boleh, cakap depan kawan or depan cermin.

Ketujuh,
Pada hari pembentangan, pakai pakaian yang kemas dan sesuai. Pakai blazer untuk lebih tampak kemas dan profesional. Name tag jangan dilupa.. hehe..

Kelapan,
Sediakan juga hand out / hardcopy kepada panel penilai.

Kesembilan
Semasa nak memulakan perbentangan, macam biasa berdoa dan berselawat. Yakinkan diri dan mulakan dengan ucapan salam kepada panel dan audien.

Kesepuluh,
semasa bercakap, lontarkan suara dengan jelas dan yakin. Jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu kuat seperti menjerit dan memekik. Jangan lupa senyum.

Kesebelas,
jika perlu bawa dan tunjukkan bahan atau dokumen yang berkaitan dengan kajian. Perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi. Mungkin terdapat penel penilai yang akan mempersoalkan kesahihan dan apa sahaja soalan berkaitan dengan kajian anda. Cuba jawab degan yakin walaupun mungkin terdapat soalan yang anda sukar untuk jawab.

Keduabelas,
bila dah selesai, jangan lupa ucapkan salam dan ucapan terima kasih kepada semua panel dan audien yang mendengar.

Seterusya tawakal sahaja.

Dah lepas, dah.. tak perlu nak stress dan tension..

Be happy, ambil gambar kenang kenangan dengan kawan-kawan dan pensyarah pembimbing, ok.. hehe..







 
Images by Freepik