Pages

Tuesday, September 15, 2015

Kajian Tindakan IPG

Hai.. Assalamualaikum..

Apa itu Kajian Tindakan ?

Bagi pelajar IPG, Kajian Tindakan tu satu laporan projek yang menjadi sebahagian syarat wajib untuk lulus bagi Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG). Tapi lau budak U biasanya panggil Thesis. Masa semester 7, korang perlu buat proposal dan ianya lebih ringkas. Masa sem 8 baru buat laporan penuh dan lebih detail. Lepas tu korang perlu bentangkan dalam VIVA kajian tu dan akhirnya akan dijilidkan. Kajian tindakan ni pun cikgu2 ada buat, Tapi apa yang aku nak share kat sini cuma mengenai kajian untuk student IPG.

Entry kali ni cume nak share sedikit tips untuk para junior IPG IK yang akan masuk semester 7 dan 8. Apa yang aku tulis ni lebih kepada pengalaman je. Terpulang nak ikut atau tidak.

Pertama,
dari awal semester 7 lagi kena buat kajian ni. Kenalpasti apa masalah murid yang kamu cuba nak atasi berdasarkan pengalaman semasa PBS dan praktikum. Contohnya aku dulu, selalu hadapi masalah murid bermasalah pendengaran yang lemah dalam penguasaan bahasa. Jadi aku pilih tajuk berkaitan dengan bahasa untuk murid bermasalah pendengaran. Jadi masa sem 7 lagi aku dah start buat kajian dan bukan hanya tulis proposal semata-mata.

Kedua,
masa tulis proposal tu, buat macam nak tulis kajian tindakan yg betul. Buat dengan bersungguh dan detail. Sebab, nanti bile sem 8 nak kena hasilkan kajian tindakan tu, senang.. Jadi lebih mudah sebab hanya perlu tambah mana yang perlu dan edit je. Jadi kerja kita pun jadi kurang. Biasanya student IPG akan praktikum dan intenship semasa sem 7 dan 8 di sekolah yang sama. Jadi mudah la, sekolah yg sama, dan murid yg sama.

Ketiga,
Buat banyak rujukan dari contoh-contoh kajian tindakan antara yg terbaik dalam kalangan para senior. Biasalah mula2 nak buat mesti blur dan banyak x faham. Jadi buat byk rujukan dan contoh. Jangan tengok pada satu atau dua contoh sahaja.

Keempat,
Rajin berjumpa dengan pensyarah pebimbing / penyelia sebab dia yang akan bagi kita markah. Jangan malas buat draft. Kena rajin, dan selalu tunjuk pada pensyarah. Bila salah, betulkan, dan tunjuk lagi. Kena selalu berbincang dan minta pandangan pensyarah.

Kelima,
ambil rujukan dan citation lima tahun kebelakang yang terkini. Setiap hujah, teori, dan fakta kena ada bukti sokongan. Baru isi kita mantap. Yang lain-lain tu biasa la, ikut format dan cara penulisan kajian yang betul.


Ok, itu shja.. kalau ada sebarang persoalan boleh pm ok..

Next, Insya Allah lau de masa, rajin..hihi..aku update pasal tips utk persediaan VIVA pula ok..


Bai,.. Assalamualaikum..

Salam sayang,
Kak Bunga (kalo adik2 IPGIK masih ingat n kenal la.. haha )


 
Images by Freepik