Pages

Thursday, June 30, 2011

Elaun oh elaun...

Hai hai hai hai.. elaun2.. sejak kebelakangan ni rata2 dak2 ipg sibuk dok kata pasal duit elaun. Bila nak masuk? dah kebulur ni. Tuan rumah tunggu masa je nak tendang keluar ni.. x byar lagi ni segala bil..

Hmm.. aku pun ada masalah kewangan gak,.. Baki dalam bank tu toksah nak cite la.. sedih je bunyinya.. Mengapa ye elaun masih belum masuk2 ? Aku pun risau juga sebenarnya tapi aku yakin insya Allah rezki Allah itu ada dimana mana.. Sabar jelah.. Kita ni guru pelatih dikira beruntung juga dapat elaun dari kerajaan.. Walaupun masih belum dapat elaunnya. tapi kita kena faham jugak, elaun tu masuk untuk satu sem. 1 sem ada 6 bulan termasuk cuti, so bahagilah.. nak ikutkan skng ni masih di bulan 6, so aku rasa ada logiknya elaun x masuk lagi bulan ni.

Kalo nak ikutkan dak2 IPTA/IPTS walaupun dapat duit pinjaman ptptn ke contohnya la kan, saya ada dengar sorang kenalan saya ni belajar kat U tempatan, pinjaman yg diberi satu sem dapat lebih kurang rm2000 sahaja.. yuran pengajian dah ditolak awal2. kita punya elaun lak lebih kan lagi? plak tu diorang nak kena bayar balik lagi pinjaman tu dengan bunga and faedahnya lagi.. kita?? x payah kan.. Mmm tapi x tahu la plak student len pinjaman diorang bpe ribu.. itu yang saya taw la,  dengar dari sorang kenalan.. saya x pernah buat pinjaman , so saya x taw.. walaupun dulu penah masuk U tapi saya x wat pinjaman masa tu..

Kita kena banyak bersyukur dengan apa yang kita ada dan dapat. cuma kena sabarlah bila lambat ckit dapat.. biasa lah setiap perkara ada pro and kontra nya.. aku faham, tapi itulah apa kita nak buat.. sabar jelah.. pihak perwakilan pelajar pun dah cuba sebaiknya berurusan dengan pihak atas. Mungkin pihak yang lagi atas tu ada masalah.. manalah kita tahu kan.. ingat senang nak menguruskan wang ni??.. x kan  la saja2 nak bg kita lambat2 plak.. sabar jelah ye.. tak baik taw merungut, mengeluh2.. pasni bila dah dapat elaun tu bahagikan siap2 duit tu untuk 6 bulan ni..keluarkan duit dari bank cukup2 je tuk perbelanjaan dan belanjawan yg dah dibuat.. aku pun gitu gak.. Insya Allah pasni aku nak lebih cermat, bijak, and berdisiplin menguruskan kewangan.. ble cuti panjang carila akal tuk cari duit tambahan, kerja sambilan ke, jadi guru tuiesyen ke.. dapatla ckit duit tuk tampung permulaan sem baru akan datang , sementara elaun tak masuk lagi..

Ok, akhir kata dari Kak Bunga a.ka. Puteri K.L - banyak2 la bersabar ek menanti elaun masuk.. tenang and yakin la dengan rezki Allah.. Semoga elaun masuk secepatnya... Aminn...

Sunday, June 26, 2011

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/nidapink90

Thursday, June 9, 2011

Fadhilat Surah al-Kahfi.

Imam Ahmad berkata : 'Daripada Abi Darda' daripada Nabi s.a.w, baginda telah bersabda : "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah al-Kahfi maka terhindar daripada Al-Dajjal."

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Junaini daripada bapanya Nabi Muhammad s.a.w., bersabda: " Sesiapa ,membaca awal dari surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."

Daripada Umar berkata: Nabi s.a.w. telah bersabda: " Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat."

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al-Juhaini dari Ibnu Al-Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an : " Sesiapa membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-Dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya."

Daripada Syukbah daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: " Sesiapa membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya di hari kiamat".

* Sumber : buku 'Surah2 amalan harian dalam Al-Quran" keluaran Pustaka Ilmi.
* Selamat beramal..

Tuesday, June 7, 2011

Kelebihan berdoa selepas wuduk

Sesiapa yang membaca doa selepas wudhu yang biasa kita dengar tu, maka akan keluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wudhunya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad.

Bermakna ia mati dalam keadaan beriman dan wudhunya akan diangkat ke langit dan air wudhu itu sentiasa bertasbih dan bertafakur dan dituliskn baginya pahala sehingga hari kiamat..

Makna doa tersebut : Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh. 

Menbaca doa selepas wudhu juga hukumnya sunat. Hendaklah mengankat tangan dan menghadap kiblat.Salah satu waktu yang baik untuk berdoa juga ialah selepas megambil wudhu`.
 
Images by Freepik