Pages

Saturday, July 31, 2010

Draft agsmnt BM fonologi Pra PISMP sem 1

Soalan i :
Kajian dalam ilmu bahasa digolongkan dalam aspek-aspek tertentu. Terdapat dua aspek utama dalam kajian bunyi bahasa, iaitu fonetik dan fonologi.

Fonem

Merupakan suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa.
Kurungan jenis [ ] digunakan untuk menggambarkan bunyi.
Kurungan jenis / / digunakan bagi menunjukkan status fonem.
Fonem Huruf Di depan Di tengah Di belakang
/b/ b buku sebuah lembab
/č/ c cuci kaca Mac
/d/ d dapur lada had
/f/ f fitrah tafsir maaf
/g/ g gasing sagu beg
/ğ/ gh ghairah maghrib baligh
/h/ h hasta faham rumah
/j / j jasad saja kolej
/k/ k kayuh saksi pekak
/x/ kh khabar mutakhir tarikh
/l/ l lena talam hal
/m/ m makan saman lebam
/n/ n nama senang makan
/ ŋ / ng ngilu singa saing
/ / ny nyilu nyaring -
/p/ p patah lapar silap
/q/ q qari wuquf buraq
/r/ r rumah siram lakar
/s/ s seram resam hampas
/š/ sy syarat isytihar quraisy
/t/ t tepu letak siasat
/v/ v van universiti -
/w/ w warna lawas -
/y/ y yang layang -
/z/ z zirafah lazim lafaz

Vokal
Vokal ialah bunyi bahasa bersuara yang dihasilkan dengan arus udara dari paru-paru keluar secara bebas melalui rongga mulut tanpa penutupan atau penyempitan di atas glotis.


Vokal rangkap
Vokal rangkap merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan dua suku kata.
Contohnya dapat dilihat pada kata 'main' . Vokal a dan i dalam perkataan tersebut merupakan dua vokal penuh.
Ianya terdiri daripada dua suku kata, iaitu 'ma'dan 'in' .
Vokal rangkap -› [main] : [ai] .

Konsonan
Bunyi-bunyi konsonan adalah bunyi-bunyi bahasa yang bertentangan dengan buny-bunyi vokal sama ada dari segi sifat-sifat yang didengar mahupun penyebutannya.
Terbahagi kepada dua iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

Konsonan pinjaman ialah konsonan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa melayu. Antaranya ialah bahasa arab, inggeris, portugis, belanda, cina, jawa, dan minangkabau.
Antara contoh perkataan yang berasal dari bahasa asing yang diguna pakai dalam bahasa melayu ialah wafat, zaman, dan wakaf.
Diftong

Diftong adalah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.
Bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan degan dua lambang vokal.
Terdapat tiga diftong : ai, au, oi .

Diftong Contoh Cara penghasilan diftong
[ai] ghairah Lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [a] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [i]
[au] aurat Lidah berada kira-kira pada kedudukan vokal [a] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [u]
[oi] boikot Lidah mula-mula berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [o] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal depan sempit [i]

Soalan ii :

Berdasarkan soalan yang diberikan, saya telah dikehendaki untuk mengenal pasti dan menghuraikan fonem yang terdapat dalam perkataan [protokol] .
[PROTOKOL] :


Fonem Jenis Penerangan
/p/ Konsonan letupan tidak bersuara Dihasilkan dengan menahan aliran udara melalui kedua-dua belah bibir.
/r/ Konsonan getaran Pita suara bergetar untuk menghasilkannya
/o/ Vokal belakang separuh sempit Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dengan tempat yang paling rendah.
/t/ Konsonan letupan tidak bersuara (gusi) Dihasilkan dengan merapatkan hujung lidah ke bahagian atas gusi
/k/ Konsonan letupan tidak bersuara (lelangit lembut) Dihasilkan dengan merapatkan belakang lidah ke lelangit lembut
/l/ Konsonan sisian (gusi) Terhasil apabila udara dikeluarkan dari kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut.


Soalan iii :

Seperti yang dikehendaki soalan, saya telah memilih fonem [p] daripada perkataan [protokol] untuk menjelaskan cara penghasilannya.

Fonem [p] merupakan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara.
Dua bibir dirapatkan dan anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan untuk menghalang udara keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut disekat pada bibir yang dirapatkan dan kemudian dilepaskan dengan serta merta.
Apabila pita suara direnggangkan dan tidak digetarkan, bunyi yang terhasil adalah letupan dua bibir tidak bersuara.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat saya buat selepas menyiapkan tugasan ini adalah jika penyebutan huruf dibuat dengan betul, penyebutan bahasa juga akan dihasilkan dengan betul. Antara yang dapat lagi saya simpulkan mengenai sistem penyebutan ini ialah seperti berikut,
fonologi merupakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi ujaran melalui mulut manusia. Kajian fonetik pula tertumpu kepada bunyi pertuturan yang melibatkan kepanjangan, kerendahan, kelembutan, kekerasan, intonasi, tekanan dan irama bagi sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa. Fonem pula ialah merupakan suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa. Bunyi vokal yang dihasilkan adalah berbeza-beza bergantung kepada bentuk rongga di atas glotis yang dilalui udara semasa pengucapan bunyi-bunyi itu dilakukan. Selain itu,saya juga dapat mengetahui mengenai dua jenis konsonan iaitu konsonan bahasa melayu dan konsonan pinjaman yang berasal dari bahasa asing. Diftong pula terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal.

Tuesday, July 20, 2010

Draft agsiment BEL sem 1 Pra Pismp IPIK

Abstrak.

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji masalah pembelajaran mata pelajaran matematik dalam bahasa inggeris. Kajian ini dijalankan terhadap murid-murid Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II, Daerah Seberang Prai Tengah. Responden yang dipilih adalah seramai 40 orang yang dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik. Persoalan kajian ini menyentuh empat aspek utama yang meliputi faktor bahasa pengantar, tahap penguasaan bahasa inggeris, faktor teknik pengajaran guru dan juga faktor persekitaran. Secara keseluruhannya, faktor-faktor permasalahan yang dikaji berada pada tahap sederhana.

Pengenalan.

Matematik merupakan satu pelajaran yang sangat penting yang perlu diajar kepada murid-murid bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan kelak. Mata pelajaran matematik yang diajar di sekolah membekalkan ilmu pengetahuan matematik kepada pelajar untuk memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran yang kritis serta bersistematik. Pelaksanaan dasar bahasa inggeris dalam mata pelajaran matematik telah dilaksanakan secara berperingkat disemua sekolah di Malaysia sejajar dengan perkembangan pendidikan Negara menghadapi era globalisasi. Ia mula dikuatkuasakan pada tahun 2003. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan juga bahasa inggeris dalam kalangan pelajar.
Namun begitu kajian yang dilaksanakan telah mendapati bahawa kebanyakan kelemahan pelajar dalam mata pelajaran matematik kini adalah disebabkan mereka gagal menguasai bahasa inggeris dengan baik.
Persoalan kajian.

Berikut merupakan antara soalan-soalan yang dikaji kepada responden untuk membantu pelaksanaan kajian yang dibuat, :
Soalan
Apakah bahasa pengantar Bahasa Inggeris mempengaruhi pembelajaran Matematik
Tahun Lima dalam Bahasa Inggeris?
Apakah faktor penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid
mempengaruhi pembelajaran Matematik Tahun Lima dalam Bahasa Inggeris?
Apakah teknik pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris mempengaruhi pembelajaran
Matematik Tahun Lima dalam Bahasa Inggeris?
Apakah faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran Matematik Tahun
Lima dalam Bahasa Inggeris?




Medotologi.

Kajian yang dilaksanakn ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik. Data yang diperolehi dihuraikan dan dilaporkan dalam bentuk min dan peratusan.



Hasil kajian.

Saya telah mengkelaskan responden mengikut jenis jantina, pekerjaan ibubapa, tahap pendidikan ibubapa, bilangan adik beradik dan sebagainya. Berikut merupakan kajian terhadap latar belakang respoden :

Jantina :
Jantina Frekuensi (f) Peratus (%)
Lelaki 19 47.5
Perempua 21 52.5
Jumlah 40 100

Jadual dan carta pai di atas menunjukkan sejumlah responden dari Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II, Daerah Seberang Prai Tengah. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan iaitu seramai 19 orang lelaki dan 21 orang perempuan.

Pekerjaan bapa :

Pekerjaan bapa responden terdiri daripada pelbagai jenis. 20% daripada bapa responden adalh bekerja dengan kerajaan, 22.5% bekerja sendiri, 50% pula bekerja swasta, dan selebihnya ialah lain-lain. Berikut merupakan jadual dan rajah mengenai pekerjaan bapa responden :


Pekerjaan Frekuensi (f) Peratus (%)
Kerajaan 8 20
Sendiri 9 22.5
Swasta 20 50
Lain-lain 3 7.5
Jumlah 40 100


Pendidikan Tertinggi Bapa :

Tahap pendidikan Frekuensi (f) Peratus (%)
SPM/STPM 35 87.5
Ijazah 4 10
Diploma 1 2.5
Jumlah 40 100


Seperti yang ditujukkan dalam jadual dan rajah diatas, didapati bahawa seramai 35 orang bapa responden yang mempunyai tahap pendidikan spm/stpm bersamaan dengan 87.5 %. Bilangan bapa responden yang mempunyai tahap pendidikan ijazah ialah 10% bersamaan dengan 4 orang, dan manakala sebanyak 2.5 % iaitu seramai 1 orang sahaja bapa responden yang mempunyai tahap pendidikan diploma.


Persoalan Kajian Pertama :
Pengaruh Faktor bahasa pengantar Bahasa Inggeris Terhadap Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris .

Guru sekolah rendah mengajar murid-murid dengan menggunakan ayat bahasa inggeris yang mudah dan boleh difahami. Kebanyakan responden boleh mengikuti pembelajaran matematik dengan baik. Ini menunjukkan bahawa pengaruh bahasa pengantar dalam pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris tidak begitu besar. Namun begitu masih terdapat segelintir responden yang tidak dapat mengikuti pembelajaran matematik dengan baik.
Masalah ini dapat diatasi sekiranya pengajaran guru mengikut sukatan pelajaran yang sepatutnya dan menggunakan ayat bahasa inggeris yang mudah dan menterjemahkan sedikit bagi peringkat permulaan. Walaupun rata-rata responden dapat mengikuti pembelajaran ini dengan baik, namun tidak ramai yang Berjaya mendapat gred A dalam peperiksaan. Kebanyakan responden kerap melakukan kesilapan dalam soalan matematik kertas satu 1 dan 2.
Dalam pembelajaran matematik banyak istilah-istilah matematik yang perlu diketahui oleh murid sebelum dapat menguasai sesuatu konsep matematik. Jika tidak dapat memahami istilah-istilah atematik tersebut, pelajar akan menghadapi masalah terutama bagi menguasai kemahiran penyelesaian masalah.
Kebanyakan pelajar malas untuk membaca soalan dengan betul kerana mereka tidak dapat memahami maksud ayat-ayat tersebut. Walaupun peperiksaan disediakan dalam dwi bahasa iaitu bahasa inggeris dan bahasa melayu, namun mereka tetap idak dapat menjawab soalan matematik itu dengan baik. Masalah ini berlaku disebabkan oleh tahap kecerdasan para pelajar yang berbeza.
Secara keseluruhannya, kecemerlangan pelajar hanya terletak pada penguasaan matematik . Responden dapat memahami apa yang diajarkan oleh guru tetapi tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa inggeris di dalam kelas. Mereka hanya dapat menghafal istilah-istilah matematik tanpa dapat memahaminya sacara keseluruhan.

Persoalan Kajian Kedua :
Pengaruh faktor tahap penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris terhadap
pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Kebanyakan responden dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru kerana kebanyakaan guru menggunakan bahasa inggeris yang mudah. Kebanyakan daripada responden mempunyai asas bahasa inggeris yang agak baik, namun mereka jarang menggunakan bahasa inggeris dalam komunikasi mereka. Mereka menggunakan kamus dan glosari sebagai rujukan bagi perkataan dan istilah matematik dalam bahasa inggeris yang mereka tidak fahami.
Keseluruhannya,tahap penguasaan seseorang dalam bahasa inggeris mempengaruhi masalah pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris. Pelajar yang dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik dapat menguasai kemahiran dan memperoleh keputusan yang baik bagi mata pelajaran matematik.

Persoalan Kajian Ketiga :
Pengaruh faktor teknik pengajaran guru terhadap pembelajaran Matematik dalam
Bahasa Inggeris Tahun Lima.

Selain menggunakan ayat bahasa inggeris yang mudah, guru-guru juga menggunakan pelbagai bahan sokongan pengajaran sama ada dalam bentuk multimedia, carta, dan sebagainya bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris murid-murid. Guru-guru yang mengajar matematik di sekolah kebanyakannya beropsyen matematik dan segelintir daripadanya bukan dari opsyen matematik.
Guru yang komitmen, menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dapat menghasilkan pengajaran matematik yang berkesan. Guru menggunakan kaedah alat atau bahan bantu mengajar dan latih tubi kepada murid-murid. Guru memberi bantuan dan bimbingan kepada responden terutamanya bagi responden yang lemah.
Guru memainkan peranan penting dalam kemajuan para pelajar kerana guru merupakan penyampai ilmu pengetahuan kepada pelajar. Kebanyakan responden mengatakan bahawa guru akan mengulang kembali isi pelajaran jika responden tidak faham akan isi pelajaran yang disampaikan. Kebanyakan guru berusaha bersungguh-sungguh agar murid dapat memahami konsep dan kemahiran matematik. Tetapi walaubagaimanapun, ia tetap bergantung kepada diri pelajar itu sendiri untuk menguasai pembelajaran matematik tersebut.

Persoalan Kajian Keempat :
Pengaruh faktor persekitaran terhadap pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Majoriti responden bersetuju bahawa persoalan kajian ini iaitu mengenai faktor persekitaran terhadap pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris. Para pelajar juga kerap menghadiri kelas tambahan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan penguasaan dalam ilmu matematik. Terdapat juga responden yang menyertai Kelab Matematik dan pelbagai pertandingan matematik yang dianjurkan oleh panitia matematik sekolah. Ibubapa juga memberi sokongan dan dorongan kepada responden agar tetap berusaha untuk memperbaiki tahap pencapaian akademik. Pihak sekolah juga menyediakan buku tambahan dan kursus percuma kepada murid yang kurang berkemampuan. Selain itu, guru juga menggalakkan murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bahasa inggeris. Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi penguasaan pelajar dalam bahasa inggeris.
Terdapat juga pelajar yang menghadiri kelas tiusyen berbayar untuk meningkatkan lagi kemahiran matematik. Ini berlaku bagi pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuaan. Selain itu, responden juga menonton rancangan televiesyen yang berbahasa inggeris dan mendengar siaran radio bahasa inggeris. Ini dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa inggeris. Sokongan daripada keluarga dan para guru dapat menyebabkan responden berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi yang memuaskan dalam mata pelajaran matematik.
Suasana pembelajaran di sekolah responden juga adalah selesa dan mendapat kemudahan asas yang baik. Secara puratanya, para pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dalam suasana yang selesa dan cantik.
Faktor persekitaran merupakan faktor penolak kepada kecemerlangan. Namun begitu kejayaan seseorang itu terletak pada sejauh mana usaha mereka untuk mencapai kecemerlangan.

Cara penyelesaian masalah.

Guru hendaklah mengajar menggunakan ayat bahasa inggeris yang mudah dan dapat difahami murid. Guru hendaklah memastikan para pelajar dapat menguasai kemahiran matematik dengan baik. Pengajaran juga boleh menggunakan dwi bahasa bagi peringkat permulaan dan kemudian beransur-ansur menggunakan bahasa inggeris secara menyeluruh.
Murid juga perlu berusaha untuk menguasai kemahiran matematik. Tempat untuk mengulang kaji pelajaran handaklah dalam suasan yang senyap, mendapat cahaya yang secukupnya, dan sebagainya. Murid perlulah pandai mmenggunakan kemahiran memperoleh maklumat seperti bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan sekolah. Selain itu pelajar juga boleh menggunakan bahan audio seperti cakera padat dan kaset untuk meningkatkan kemahiran belajar. Murid juga perlu mengetahui kaedah bacaan scanning dan skimming. Semasa belajar, pelajar perlu mencatat nota dan kemudian nota tersebut menggunakan pengurusan grafik. Murid juga perlu memastikan semasa sedang belajar, tenaga juga perlulah mencukupi agar tidak mengganggu tumpuan dalam kelas. Oleh itu para pelajar perlulah bijak menggunakan masa untuk belajar, berehat, bermain, dan sebagainya.
Selain itu,guru perlulah komitmen dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai guru. Jika guru dapat melaksanakan tugas dengan baik,maka negara akan dapat melahirkan generasi penggerak yang konstruktif.
Persekitaran yang baik juga perlu bagi pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Suasana kelas, sekolah, dan tempat belajar di rumah perlulah selesa, kemas, bersih, dan sesuai untuk belajar. Sokongan dan dorongan perlulah diberi kepada para pelajar agar mereka mempunyai semangat untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian dalam akademik. Bagi pelajar yang lemah, guru hendaklah member bantuan dan diberi kelas tambahan untuk meningkatkan lagi prestasi akademik mereka. Bagi pelajar yang berasal daripada keluarga yang berkemampuan boleh pergi menghadiri kelas tiusyen dan pelbagai kursus dan seminar bagi peningkatan penguasaan matematik.

Penutup.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris. Kebanyakan responden bersetuju dengan item yang dikemukakan dalam boring soal selidik. Responden tidak menghadapi masalah yang terlalu besar dalam pembelajaran ini. Keseluruhannya adalah sederhana sahaja.Tenaga pengajar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan para pelajar dapat mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan.
Kelas tambahan yang disediakan oleh pihak sekolah telah dihadiri oleh semua responden dan mereka dapat menunjukkan hasilnya. Terdapat juga responden yang menghadiri kelas tiusyen berbayar diluar waktu sekolah untuk meningkatkan lagi kemahiran matematik. Sokongan dan dorongan daripada keluarga juga penting untuk menaikkan semangat para pelajar agar mereka tetap terus berusaha meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran matematik.

Rujukan.

Prof. Madya. (2008). Maslah Pembelajaran Matematik. Dilayari pada 21 September 2009 di URL Eprints.utm.my.
Ramlan Hamzah.( 2008). Kemahiran Belajar untuk PISMP. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman sdn bhd.

Friday, July 2, 2010

Kod Etika Guru-guru Malaysia

KOD ETIKA GURU-GURU MALAYSIA
Date: Sunday, April 06 @ 13:10:43 MYT
Topic: Berita Pendidikan
Perkara 1 : Komitmen Kepada Profesion
Kami Guru-guru Malaysia akan:
-Menumpukan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap profesion kami
-Menyokong segala usaha untuk memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar tanpa mengira agama dan keturunan.

Perkara 2 : Komitmen Kepada Pelajar
Kami Guru-guru Malaysia akan:
-Mengekalkan hubungan profesional dengan pelajarsepanjang masa.
-Melindungi dan meningkatkan minat serta peranan semua pelajar.

............

Perkara 3 : Komitmen Kepada Rakan Sejawatan
Kami Guru-guru Malaysia akan:
-Melindungi serta mempertahankan maruah rakan sejawatan.

Perkara 4 : Komitmen Kepada Pihak Pengurusan
Kami Guru-guru malaysia akan:
-Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan secara berpatutan demi kepentingan Profesion Perguruan.

Perkara 5 : Komitmen Kepada Ibubapa atau penjaga
Kami Guru-guru Malaysia akan:
-Mengiktiraf peranan ibu bapa dan sentiasa mempertahankan maruah profesion apadila berurusan dengan mereka.

Perkara 6 : Komitmen Masyarakat Kepada Guru
Masyarakat Malaysia akan :
-Mengiktiraf perlunya guru diberi penghormatan yang sewajarnya dan dilayan secara adil pada setiap masa.


kings.
rujukan : Guru Malaysia, KPPK Februari 2008.

This article comes from Pejabat Pelajaran Daerah Besut
http://ppdbesut.net/nuke

The URL for this story is:
http://ppdbesut.net/nuke/modules.php?name=News&file=article&sid=154
 
Images by Freepik